4 Resepi Mudah Dari Roti Untuk Anda Yang Malas Mahu Keluar Beli Makanan Waktu Malam

Hi semua. Kali ni saya nak kongsi resepi ringkas dari roti yang anda boleh buat jika anda malas mahu keluar rumah waktu untuk mencari makanan. Caranya pun mudah dan bahan-bahannya juga mudah.55555

Ok dah nama pun resepi ringkas dari roti maka bahan utamanya haruslah roti. Kebiasaannya bahan-bahan yang lain juga memang ada di rumah.Jika bahan lain itu juga tiada di rumah,lepas ni boleh anda boleh consider untuk simpan stok kecemasan jika anda lapar waktu tengah malam J

Jom cikidot apa resepi yang ada.

1)Roti Telur Cheese  

Haa, ini menu paling mudah sekali! Cuma kelainannya korang tambah je cheese sebelum disalutkan dengan telur. Bagi yang ‘hantu cheese’ mesti pernah buatkan? Lepas dah goreng hasilnya macam gambar kat atas ni. Yummy!

Bahan-bahan :

  • Roti
  • Telur
  • Keju

Cara-caranya:

  1. Letakkan 2 keping keju diatas roti, kemudian letakkan sekeping lagi roti di atas keju tersebut seperti sandwich.
  2. Salutkan roti tersebut dengan telur yang telah dipukul. Panaskan minyak dan gorengkan.
  3. Setelah keperangan, angkat roti.Roti telur cheese sedia untuk di hidang

2)ROTI KAYA GORENG BUTTER

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 4-5 keping roti putih
  • kaya secukupnya
  • 1sm susu cair @ segar
  • garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • sedikit butter
  • sedikit gula icing

Cara-caranya:
1. Telur, susu, garam, lada sulah- dipukul sebati.
2. Sapu kaya pada roti, lipat dua jadikan 3 segi.
3. Celupkan dalam bancuhan telur, biarkan sebentar.
4. Panaskan butter dalam kuali non stick, masuk roti tadi, goreng hingga garing. Balik balikkan supaya semua sisi masak.
5. Angkat, sejukkan sebentar dan taburkan gula icing jika suka.

3)JEJARI ROTI

Bahan-bahan:

  • 24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • gula halus secukupnya
  • mentega / margerin untuk menggoreng

Cara-caranya:

  1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
  2. Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sehingga perang.
  3. Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
  4. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.

4)ROTI GORENG SOSEJ

Bahan-bahan:

  • Roti keping (terpulang jenama apa tapi saya guna Gardenia)
  • Sosej
  • Telur
  • Secubit garam dan gula
  • Sedikit tepung gandum/tepung beras
  • Sedikit soda bikarbonat (agen perangup)
  • Sedikit tepung gandum (untuk dijadikan gam dicampurkan sedikit ke dlm telur)

Cara-caranya:
1. Potong sosej mengikut selera anda. Jika potong sosej kepada 2, roti pun bahagi kepada dua. Kalau potong 3, roti pun bahagi kepada 3 bahagian. Biasanya saya potong 3, tak lah besar sangat dapat pun banyak.

Tips: Sebelum roti dipotong, tekan atau penyekkan sedikit roti tu atau boleh juga gunakan penggelek untuk memadatkan roti tu. Tujuannya adalah untukmengelakkan roti terlalu kembang masa dicelup ke dalam telur dan jugamengelakkan roti menyerap minyak berlebihan ketika digoreng. Jangan risau kerana roti akan mengembang semula ketika digoreng.

  1. Selepas dipenyekkan, potong roti dan gulungkan sosej yang dipotong tadi dengan roti. Kemudian dihujung roti tersebut, gamkan dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit air. Jangan terlalu cair ya, nanti tak lekat pula. Selepas dilekatkan biarkan sekejap sementara kita siapkan telur.

3.Pecahkan telur. Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan gula. Pukul sehingga sebati dan agak kembang atau kalau nak senang masuk blender je. Lepas tu celupkan roti tadi dan terus goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas.

4. Setelah agak keperangan, angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.Siap untuk dihidang.

Ha mudah dan meyelerakan bukan? Selamat mencuba semua J

Sumber : ohbulan.com

Sumber : kemaaz.blogspot.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *