7 Resepi Smoothies Untuk Kuruskan Badan

Saya suka minum green smoothies atau pun smoothies hijau, bukan sahaja kaya dengan khasiat buah-buahan serta sayuran ia juga penuh dengan serat yang membantu anda untuk kuruskan badan secara semulajadi. Saya kongsikan resepi smoothies untuk kuruskan badan yang sangat mudah hanya dalam masa 5 minit sudah boleh dinikmati..Jom cuba..

1. Smoothies Avocado

smoothies avocado

Bahan-Bahan
1/2 biji Avocado
1 cawan nenas di potong dadu
1 cawan daun kale atau pun saya suka bayam
200ml susu rendah lemak
beberapa ketul ais

Nak Buat sangatlah mudah ..kisarkan semua bahan dan boleh minum terus memang rasa fresh ..cubala nanti Nak tahu Kalori berapa ? Anggaran Kalori 400kcl sahaja.

 

2. Smoothies Bayam@Kale

green smoothies kale

Untuk membuang Toksin di dalam badan smoothies hijau adalah antara pilihan yang terbaik, dipenuhi dengan khasiat sayur sayuran dan juga vitamin dari buah-buahan. Selamat mencuba ya

Bahan-Bahan
1 cawan Sayur Kale atau pun Bayam boleh tukar juga dengan Batang saderi @timun
1 biji epal hijau
1 biji pisang
1/2 biji Avocado
1/2 cawan daun parsli
2 cawan air kosong
1/2 air lemon atau pun limau nipis

Cara Buat Kisarkan Semua Bahan Sampai Sebati dan boleh terus minum

Baca : Khasiat Halia Untuk Kuruskan Badan

3. Smoothies Orange Kelapa

smoothies detox orange

Bahan-Bahan
2 Biji orange
1 cawan air kelapa
1 biji epal hijau
beberapa helai daun bayam
1 sudu yogurt asli

Cara Buat
Kupas oren dan kisarkan bersama bahan lain sampai serasi bersama…minum terus lagi best rasa segar dan memang sedap ..jangan risau pasal kalori kerana minuman ini hanya dalam anggaran 250 kalori sahaja.

 

4. Smoothies Epal Hijau

smoothies epal
sebiji epal hijau
beberapa helai daun bayam @spinach hijau
sebiji limau nipis
sedikit halia
secawan air kosong

cara buat
kisarkan semua bahan dan akhir sekali perahkan asam limau dan boleh terus di minum. sangat cepat dan bahan mudah didapati kan

 

5. Smoothies Nenas

blueberry pineapple smoohthies
Bahan-Bahan
1 cawan Bayam
1 cawan nenas yang dipotong dadu
1/2 cawan yogurt greek
sedikit serbuk kayu manis
jika ada chia seeds boleh juga letakkan
sedikit serbuk kunyit (sikit aje tau )
1/2 cawan jus lemon
2 cawan blueberries
1/2 cawan air atau susu
jika pekat boleh tambah air lagi tau

Smoothies ini boleh diamalkan sehari 1 gelas bagi minum petang atau pun waktu malam gantikan dengan makan malam. untuk kurus dengan sihat kita perlukan pemakanan yang sihat.

Baca : Kelebihan Yogurt Untuk Kurus & Sihat

6. Smoothies Tembikai Halia

smoothies tembikai
Jus ini sesuai untuk diamalkan waktu pagi ke boleh tengahari pun boleh sebab memang fresh .
Bahan-Bahan
1 cawan tembikai tiada biji
1/2 biji lemon di perah ya
1 cawan air kelapa
1 inci halia

itu aje bahan , nak buat ek lagi laa mudah cer blend semua zassss siap terus minun , nak rasa sedap letak ais sikit blend perghh segarr bebenor ..

 

7. Smoothies Betik & Daun Pudina
smoothies papaya copy

Bahan-Bahan

1 cawan Betik yang telah dipotong dadu
1/2 cawan susu
1/4 yogurt greek biasa saya guna
1 inci halia dicincang halus
3 helai daun Pudina

Cara Sediakan

1. Masukkan halia dan daun pudina kisar dahulu dan masukkan betik dan paling akhir masukkan susu dan yogurt. Nak mudah masukkan semua terus aje blend lagi cepat siap.

Boleh amalkan minum waktu petang atau pun waktu malam,Yummy sangat My super Smoothies Share ya..leh org lain buat tau!

Leave a Reply