BUKAN SHAHEIZY SAM SEORANG, 7 SELEBRITI INI PERNAH ISYTIHAR MUFLIS

 

Kecoh seketika apabila pelakon terkenal, Shaheizy Sam dikatakan telah diisytiharkan sebagai muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi keratan akhbar baru-baru ini. Menurut Sam, beliau kini sedang menghubungiLHDN dan menunggu maklum balas dari mereka.

Selain Shaheizy Sam, 6 selebriti ini turut terpalit dengan kontroversi apabila pernah diisytiharkan muflis dan mempunyai isu dengan LHDN.

1. Nelydia Senrose

Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis
Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis

Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Senrose pernah menggemparkan industri hiburan setelah waran tangkap dikeluarkan ke atasnya. Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memerlukan dia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

2. Amy Search

Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis
Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis

Suatu ketika dahulu, Amy Search pernah membuat pengakuan bahawa beliau telah diisytiharkan muflis. Gara gara ingin membantu rakan baiknya, Amy Searchtelah ditipu oleh individu tersebut sehingga menyebabkan beliau muflis.

3. Aweera

Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis
Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis

Diisytiharkan muflis ketika usianya 22 tahun, penyanyi Aweera mengaku muflis gara – gara membuat pinjaman bank untuk tujuan peribadi. Sehingga kini tiada berita mengenai penyanyi ini. Kemanakah Aweeramenghilang?

4. Rita Rudaini

Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis
Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis

Pelakon yang pernah popular menerusi lakonannya dalam mami jarumRita Rudaini bukanlah diisytiharkan muflis. Namun beliau akui terlepas pandang akan cukai pendapatan yang perlu dibayar setelah terdapat beberapa laporan artis yang gagal membayar cukai pendapatan.

Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis
Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis

Penutupan Rumah Kueh

Terkini Rita dikatakan telah menutup perniagaan restorannya, Rumah Kuehkerana kurang sambutan.

5. Farah Diana

Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis
Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis

Farah AF2 atau kini dikenali sebagai Farah Diana pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau bersikap berdiam diri setelah namanya dikatakan muflis. Malah penyanyi dan pengacara ini turut terpalit dengan beberapa kontroversi lain. Namun menurut Farah, segalanya telah selesai dan kini beliau aktif mengacara beberapa program berbentuk wawancara dan kerohanian

6. Ziela Jalil

Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis
Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis

Pelakon dan pengarah, Ziela Jalil pernah ‘mengamuk’ apabila beliau dikatakan memakai tudung yang berharga 3O ribu. Enggan menimbulkan masalah dengan LHDN, pengarah ini telah menjelaskan bahawa terdapat salah faham dengan salah satu akhbar tersebut.

7. Fizo Omar

Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis
Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis

Gara-gara namanya dikatakan disalah guna sebagai penjamin bagi pinjaman RM2 juta tanpa pengetahuannya, pelakon Fizo Omar diisytihar muflis. Fizo memaklumkan dia sudah memaafkan individu yang menyebabkan dia menanggung bebanan itu.

Bangkit Semula

Perkara itu menjadikan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 31, lebih bersyukur dan mampu bangkit semula sehingga berjaya memiliki beberapa syarikat.

Sumber – hangat.com

Leave a Reply