[VIDEO] 12 Tahun Jaga Isteri Lumpuh, Perkongsian Edika Yusof Buat Ramai Netizen Sebak!

Nama Edika Yusof pernah pernah menjadi satu nama yang besar dalam industri perfileman negara. Beliau pernah memegang watak utama dalam filem Maria Mariana. Selepas berkahwin, Edika dikatakan telah menyepikan diri dalam dunia lakonan kerana menjaga isterinya yang lumpuh.

Perkongsiannya bersama Sinar Fm kali ini membuatkan ramai netizen sebak. Bayangkan, beliau menjaga isterinya selama 12 tahun dengan penuh kesabaran tanpa pernah merungut. Respect!

12 tahun jaga isteri

 

Buat pengetahuan korang, isteri Edika mengalami lumpuh dari bahagian badan sehingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua mereka. Akibat penyakit itu, Edika yang menjaga isterinya sepenuh masa kerana isterinya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Menerusi perkongsiannya bersama Sinar Fm, beliau menghadapi dugaan hidup ketika isterinya disahkan stroke dan lumpuh. Isterinya tidak dapat bercakap dan mendengar dengan baik. Beliau tidak pernah menganggap isterinya seorang OKU kerana merasakan isterinya seorang yang normal.

Tidak terfikir untuk berkahwin lain

Yang saya tak pernah berfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri sebab satu yang saya ada ini pun dah alhamdullilah cukup sempurna dan saya suka apa yang saya buat ”

Itulah kata Edika Yusof yang telah menjaga isterinya yang lumpuh selama 12 tahun sehingga sekarang. #SinarKongsi

Edika tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain kerana beliau merasakan perkahwinan kedua bukan jalan penyelesaian terbaik. Beliau bersyukur dikurniakan seorang isteri yang cukup tabah.

Beliau turut memesan kepada suami di luar sana agar tanggung susah senang bersama isteri. Anggaplah isteri sebagai soulmate bukannya sebagai maid.

Sumber : SINAR via oh!bulan

Leave a Reply