Wanita yang tiada dagu mentransformasikan wajahnya selepas ditinggalkan kekasih

 
Wanita yang tiada dagu mentransformasikan wajahnya selepas ditinggalkan kekasih

Seorang wanita yang dikatakan tiada dagu menerima transformasi wajah.

Sebuah program realiti di Thailand, ‘Let me in Thailand’ yang mencontohi program di Korea Selatan telah bermula musim kedua dan juga telah mentransformasikan ramai wajah wanita di Korea Selatan.

en6

Musim ini, mereka bermula dengan seorang wanita yang dikatakan tiada dagu.

Jitraporn Paboo yang merupakan penuntut dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan, mengatakan beliau agak sukar untuk terlibat dalam industri ini kerana industri ini memerlukan seseorang berperwatakan menarik. Beliau turut menambah ditinggalkan kekasih kerana wajahnya yang dahulu.

en7

Jitraporn mengatakan, “Di universiti, orang melihat saya lalu mentertawakan kepada saya. Saya rasa diri saya seperti raksasa.”

en2

en3

Selepas mengubah penampilan, beliau nekad untuk bekerja keras untuk mengubah gaya hidup yang lebih baik dan membeli sebuah rumah untuk ibu dan kakaknya.

en4

Jitraporn Paboo mengucapkan terima kasih kepada doktor yang telah mentransformasikan wajah  beliau.

en5

Beliau kini seorang wanita yang cantik dan berkeyakinan.

Sumber : Era Baru

Leave a Reply