14 penampilan terkini selebriti terkenal selepas berjaya menurunkan berat badan

Secara amnya, semua manusia yang memiliki tubuh badan gempal sanggup melakukan apa sahaja untuk kurus. Walaupun definisi cantik melibatkan aspek subjektif, ramai individu memiliki tanggapan bahawa kurus itu cantik selain mengurangkan risiko penyakit berbahaya akibat kegemukan.

Bahkan bagi para selebriti sendiri. Memiliki bentuk badan yang bukan sahaja kurus tetapi ideal membolehkan mereka sentiasa diterima baik oleh para peminat, mampu menuruti segala kehendak dengan lebih sempurna malah menggalakkan penawaran tawaran untuk berlakon atau menyanyi.

Tanpa membuang masa, lihat sendiri senarai 14 selebriti terkenal dunia yang mengalami transformasi hebat setelah berjaya menurunkan berat badan. Anda mungkin akan terpesona dengan perubahan besar mereka melalui perbandingan gambar dahulu dan kini.

John Goodman

Kredit: radaronline.com   © listal.com  

John mengambil keputusan untuk menguruskan badan disebabkan oleh faktor kerisauannya terhadap penyakit yang mungkin akan menyebabkan beliau meninggal lebih awal.

Kim Kardashian

Kredit: flickr.com   © listal.com  

Ketika mengandungkan anak kedua, Kim mengaku bahawa dia mengalami peningkatan berat badan yang mendadak. Justeru, Kim telah menetapkan matlamat untuk mencapai berat badannya yang ideal pada tahun 2010. Tidak beberapa lama kemudian, dia berjaya.

Chris Pratt

Kredit: listal.com   © listal.com  

Chris bertindak mengurangkan berat badan semata-mata ingin mengambil peranan sebagai ketua di dalam filem Guardians of the Galaxy.

Christina Aguilera

Kredit: flickr.com   © listal.com  

Christina Aguilera, penyanyi bersuara lantang memutuskan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal sebagai hadiah perkahwinan untuk dirinya sendiri.

Jonah Hill

Kredit: flickr.com   © listal.com  

Menurut Jonah, pernah satu ketika dahulu dia memiliki berat badan yang tinggi sehingga hampir mengancam nyawanya. Ekoran peristiwa tersebut, Jonah bertekad untuk menguruskan badannya.

Mariah Carey

Kredit: flickr.com   © flickr.com  

Mariah Carey mengurangkan berat badan agar kelihatan lebih sesuai dengan status barunya setelah berkahwin dengan seorang jutawan dari Australia.

Christian Bale

Kredit: listal.com   © kinopoisk.ru  

Christian mengambil keputusan untuk mengurangkan berat badan demi menjayakan wataknya di dalam The Machinist.

Seth Rogen

Kredit: listal.com   © flickr.com  

Lagi seorang selebriti iaitu Seth yang mengurangkan berat badan demi watak di dalam The Green Hornet.

Kelly Osbourne

Kredit: listal.com   © listal.com  

Kelly dipaksa untuk mengurangkan berat badan sebagai salah satu langkah untuk mengubah gaya hidup sebelumnya.

Zach Galifianakis

Kredit: flickr.com   © listal.com  

Zach terdetik untuk menguruskan badan apabila berkahwin dengan teman wanitanya, Quinn Lundberg. Kemudian, keinginan untuk membintangi watak-watak yang lebih serius juga mempengaruhinya untuk kekal kurus.

Matthew McConaughey

Kredit: listal.com   © kinopoisk.ru  

Matthew telah mengalami penurunan berat badan yang mendadak bagi menjayakan wataknya di dalam Dallas Buyers Club. Tambahan pula, aktor kacak ini juga menikmati segala proses yang berlaku pada badannya.

Jessica Simpson

Kredit: wwtdd.com   © listal.com  

Peningkatan berat badannya membuatkan Jessica sentiasa berada dalam keresahan. Namun, perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi menyebabkan Jessica menjadi lebih bermotivasi untuk kurus.

Janet Jackson

Kredit: wikidi.com   © listal.com  

Wow! Betul-betul berbeza! Pendorong kepada segala perubahan tersebut adalah semangatnya yang kuat untuk mengurangkan berat badan.

Oprah Winfrey

Kredit: listal.com   © lickr.com  

Setelah bertahun lamanya, Oprah melalui pelbagai kesukaran untuk kurus sehingga dia hampir putus asa. Akan tetapi, Oprah telah menemui satu jalan penyelesaian yang ideal apabila terdapat sebuah syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan menguruskan badan dengan lebih mudah. Anda lihat sendiri hasilnya.

Sumber: Bright Side

Era Baru

Leave a Reply