Keranda misteri milik anak gadis kecil berusia 140 tahun ditemui ketika membaik pulih sebuah rumah dengan jasad di dalamnya seperti baru dikebumikan

 
Keranda misteri milik anak gadis kecil berusia 140 tahun ditemui ketika membaik pulih sebuah rumah dengan jasad di dalamnya seperti baru dikebumikan

Apa perasaan anda ketika sedang melakukan kerja membaik pulih sebuah rumah , anda menemui sebuah keranda dengan rupanya yang unik dan klasik ditambah dengan jasad di dalamnya masih terpelihara dan suci seperti baru dikebumikan. Pasti anda berasa seram sejuk dengan perasaan ingin tahu pada masa yang sama.

Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Rossi Street , Lone Mountain, San Francisco, Amerika Syarikat apabila seorang pekerja pembinaan sedang menggali tanah di kawasan rumah itu untuk kerja membaik pulih apabila secara tidak sengaja telah menjumpai sebuah keranda kecil milik seorang anak kecil yang telah berusia 140 tahun.

Keranda kecil ini mempunyai rekaan yang unik abad kesembilan belas dengan memiliki ruang berkaca dihadapannya yang membolehkan jasad di dalamnya dapat dilihat dengan jelas apabila butiran tanah telah diasingkan dari keranda tersebut.