Sebuah bungkusan yang dibiarkan selama 10 tahun mengejut para pekerja apabila dibuka kandungannya

Sebuah bungkusan yang dibiarkan selama 10 tahun mengejut para pekerja apabila dibuka kandungannya

Sebuah kotak bungkusan besar untuk penghantaran pos telah ditinggalkan lama dalam sebuah gudang kurier.

Kejadian yang berlaku di Indonesia ini menjadi tular selepas kandungan dalam kotak tersebut mengejutkan orang ramai.

Bungkusan tersebut merupakan bungkusan yang telah dipesan melalui perniagaan atas talian.

Namun demikian, apabila penghantar pos menghantar barangan tersebut di alamat yang dinyatakan, orangnya tidak pernah ada di rumah.

Oleh sebab itu, barangan tersebut terus dibiarkan di dalam gudang selama 10 tahun.

Selepas dibiarkan terlalu lama, kotak bungkusan yang lusah itu telah dibuka bagi mengetahui isi kandungannya.

Mereka amat terkejut apabila kotak tersebut rupa-rupanya mengandungi sebuah motosikal berkuasa tinggi, daripada pengeluar Ducati.

Motosikal ini tidak pernah disentuh mahupun digunakan. Oleh itu, struktur dan reka bentuknya masih baru, cantik, dan berkilat.

Lucunya, selepas dilaporan kepada pihak berkuasa mengenai kes ini, mereka memutuskan untuk memberi motosikal tersebut kepada seorang wanita tua.

Hal ini demikian, wanita itu merupakan pekerja paling lama yang menjaga kotak bungkusan tersebut.

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *