Gempar! Seorang lelaki cuba menyeludup lengan manusia dan alasannya pasti mengejutkan anda!

Ia merupakan kejadian yang menggemparkan ekoran daripada cubaan seorang lelaki yang berani ini untuk menyeludup bahagian tangan manusia. Ia dapat dibongkarkan sejurus sahaja melalui mesin imbasan keselamatan pada sebuah stesyen bas yang agak sesak. Alasan lelaki ini pasti mengejutkan anda!

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki dalam lingkungan 50 tahun meletakkan bagnya untuk diperiksa menggunakan mesin pengimbas sebelum meneruskan perjalanannya.

Apa yang ditemui oleh pengawal keselamatan yang menyebabkan mereka terkejut, sementara lelaki tersebut nampaknya tidak menyedari akan masalah yang timbul. Setelah melalui mesin pengimbas, lelaki itu berjalan secara normal melalui terminal stesen bas sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan.

 

Cubaan seorang lelaki untuk membawa bahagian tangan manusia menerusi mesin imbasan keselamatan

Lelaki tersebut kemudian berkata bahawa tangan yang dibawanya merupakan tangan abangnya yang ingin beliau alihkan untuk simpanan. Menurut Shanghiist.com, lelaki berkenaan ingin mengangkut lengan anggota keluarganya melalui Duyun di wilayah Guizhou China, selepas abangnya kehilangan tangan beliau dalam kemalangan elektrik.

Lelaki itu juga mendedahkan bahawa beliau dengan bersengaja membawa anggota badan ahli keluarganya pulang ke kampung halamannya bagi tujuan penyimpanan sehinggalah tiba saat untuk dikuburkan bersama tubuh abangnya yang lengkap.

Lelaki ini ingin membawa pulang lengan abangnya untuk disimpan rapi

Lelaki berusia 50 tahun itu akhirnya ditangkap oleh keselamatan

Menurut kepercayaan tradisi masyarakat Cina, seseorang itu mesti dikuburkan lengkap dengan anggota badan mereka apabila mereka meninggal dunia.

Pengawal keselamatan mengesahkan cerita lelaki itu selepas menghubungi pihak hospital di mana abangnya yang cedera itu sedang dirawat.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak dibenarkan meneruskan perjalanannya menaiki bas di samping lengan yang dibawanya turut disita sungguhpun cerita lelaki berkenaan disahkan betul.

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *