Ibu mengurung anak perempuannya yang cantik selama 25 TAHUN sehingga kurus kering, hanya kerana….

 
Misteri kehilangan sosialit Perancis selama 25 tahun pada abad ke-19 akhirnya terbongkar…

 

Hanya kerana jatuh cinta pada orang yang salah, sebuah sejarah hitam telah tercatat dalam perjalanan hidup seorang wanita. Kisah ini dikatakan berlaku pada abda ke-19 di Perancis.

Seorang sosialit muda dari Perancis dikatakan telah dikunci di dalam sebuah bilik kecil selama 25 tahun tanpa seorang pun yang mengetahui akan perkara itu.

Kembali semula pada tahun 1876 di Paris, seorang wanita muda, Blanche Monnier, 25, merupakan seorang sosialit dikhabarkan telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua daripadanya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.