MENGEJUTKAN!! INILAH HUKUM ORANG ISLAM BERKAHWIN DENGAN ORANG BUNIAN.

Gambar Hiasan [Sumber]

Ada seorang di tempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olah ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya, bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?

Jawapan: Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah SWT. Persoalan samada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin. Ibunya bernama Balqmah binti Saisan.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya);

“Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga.” (Surah an-Nahli ayat 72)

“Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah SWT.” (Surah ar-Rum, ayat 21).

Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.

Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus, orang lain tidak nampak, kita seorang sahaja nampak, atau mungkin kita pun tidak nampak. Tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita?

Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah SAW menegah manusia mengahwini jin.

Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin. Jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.

Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik. Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.

Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam? Apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima?

Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam. Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis). Kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.

Maka jalan yang terbaik, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.” – Darussyifa’ Online 

 

 

Namun Begitu kami ingin kongsikan sebuah kisah Puteri Nur iaitu antara satu-satunya manusia yang berketurunan Orang Bunian.Beliau pernah ditemuramah oleh stesen tv9.Berikut adalah kisahnya.

Mengejutkan!! Inilah Hukum Orang Islam Berkahwin Dengan Orang Bunian.

 

Puteri Nur Dikatakan Mempunya darah kacukan dari nendanya dan merupakan satu-satunya manusia berkacukan bunian. Melalui siaran yang TV9 dia menyatakan bertemu dengan nendanya di alam mimpi dan diberitahu dia adalah waris sah kerajaan nendanya satu hari nanti.

Menurut laman blog BELANTARATUJUH, Puteri Nur bakal mewarisi takhta nendanya. Takhtanya berupa seperti pelamin Jawa bertatahkan batu-batu permata delima, zamrud yang bentuknya tidak seperti di dunia nyata.

Lantai takhtanya kaca. Sepatu diraja Puteri Nur dibuat daripada sejenis logam seperti besi tetapi bukan besi. Puteri Nur sendiri tak faham ia dari apa. Mahkota Bunian berwarna tembaga dan bentuk berbeza mengikut usia mereka. Saiz mahkota tersebut juga berbeza, mengikut umur mereka. Ibarat tanduk rusa yang tumbuh.

Mengejutkan!! Inilah Hukum Orang Islam Berkahwin Dengan Orang Bunian.

 

Yang manusia tarik seperti yang kita baca dan lihat di internet tu bukan mahkota Bunian sebenar. Tu semua kerja jin-jin kafir yang nak sesatkan manusia dan aniaya Bunian. Bukan harta Bunian! Bunian tak bagi harta pada manusia. Untuk apa nak bagi manusia harta? Harta Bunian kalau dibawa ke dunia nyata akan menyakitkan mereka jika bukan diserahkan kepada waris.

Bagi Bunian, untuk apa bagi harta? “Sedangkan kami tahu harta itu akan hanya menyesatkan dan membawa kepada pertelingkahan”, kata Puteri Nur.

 

Sumber: Kongsakongsi.blogspot.com
Sumber: kisahbenar.co

Kredit : suaramedia.org

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *