“KAKAK IPAR AKU LASAK MACAM JANTAN,RUPA-RUPANYA” ADUH..TEPUK DAHI AKU

Gambar Hiasan

Kakak iparku

Salam. Tahun lepas aku dapat seorang lagi kakak ipar. Abangku yg ke5 berkahwin. Dalam ramai-ramai abang aku, dia lah yang paling hensem. Tapi isterinya bagi aku biasa2 saja. Tak cantik, kulit agak gelap. Dari mula bertunang lagi, aku macam frust jugak la. Ingatkan kakak ipar ni cantik lawa la sampai abang aku tu beriya2 suruh ummi aku pergi meminang sampai ke pantai timur kami pergi. Kawan2 aku excited nk tengok gambar kakak ipar aku, tapi aku malu sebab kakak ipar aku biasa2 je. Abang aku jumpa dia dua kali je lepas tu terus pinang. Bertunang dalam 3 bulan macam tu terus nikah.

Lepas kahwin, kakak ipar aku ni, kakna duduk dengan kami. Gayanya agak kasar, dan dia memang lasak macam jantan. Aku sendiri kadang hairan kenapa abang aku sayang sangat dekat dia. Pernah sekali, aku nampak dia panjat tangga, tukar lampu dapur sorang2. Pokok rambutan belakang rumah aku pun selamba sahaja dipanjatnya.

Masa tu aku ingat lagi, aku geleng kepala dan cakap kat ummi, kakna dah serupa beruk. Dia xdela pandai sangat masak, tapi dia selalu tolong ummi kat dapur. Kadang2 dia tolong ambil adik aku kat asrama, adik aku bagitau kakna bawak kereta mcm orang gila, laju mcm bawak ferrari. Tapi kakna dalam kasar2 dia, suara dia agak lembut walaupun nyaring sikit. Kalau anak2 saudara aku datang, dia memang suka melayan. Baca buku cerita, main colour2 dan lukis,sampai kadang ada yg taknak balik, nak tido dgn kakna. Kakna pandai layan kerenah budak2.

Kakna ni jenis yg happy go lucky jugak la. Kalau tengok tv sorang2 pn dia boleh gelak mcm langsuir. Tak pernah aku tengok dia ada masalah. Kadamn2 kalau orang tanya dah berisi ke belum, air mukanya berubah jugak, tapi lepas tu kakna sengeh saja. Ada sekali tu aku baru balik rumah dgn abg aku, tengok kakna tengah panjat bumbung. Punya la cuak aku menjerit kakna dah gila ke apa. Masa tu abg aku pun melaung sama marahkan dia. Rupanya dia nk ambik anak kucing kt atas bumbung, katanya kesian dari tadi mengiau xreti turun. Abang aku marah2 sampai menangis kakna. Itulah pertama kali aku lihat dia menangis. Tp dalam sedu tangisan sempat dia jawab, abang ingat ana boleh tido ke kalau kucing ni mati sebab jatuh dari bumbung?

Baru2 ni, ummi aku sakit tergelincir dalam bilik air. Kakna la siang malam jaga ummi. Kakna aku ni ada lulusan ijazah nurse,walaupn x kerja tapi skill dia cukup mantap bg aku yg xpernah jaga org sakit ni. Mandi, tukar lampin, suap makan,semua kakna buat. Sampaikan aku sdri segan dgn dia. Aku sendiri ni pun rasa agak kekok nak uruskn ummi, mujur ada kakna. Pernah aku slow talk ngan ummi, mintak maaf sebab xdapat jaga ummi sepenuh masa. Ummi ckp xpe, kakna ada. Ummi tau aku xsuka kakna, ummi cakap jangan nilai orang luaran sahaja. Tengok dalam ramai2 kakak ipar kamu yang lawa2 tu, ada ke diorg sanggup tunggu ummi kat hospital dlu. Aku rasa bersalah sangat kt kakna. Teringat dlu pernah aku cakap2 belakang pasal kakna. Jahatnya aku.

Sekarang ummi dah boleh berjalan balik, guna tongkat. Kakna masih duduk dengan kami, walaupn abangku dah beli rumah lain. Kata kakna, nak jaga ummi dulu. Rumah tu xpe, xlari pun. Hubungan aku dengan kakna pun semakin baik. Beberapa hari yg lalu aku sempat tanya abangku, kenapa sayang sangat dgn kakna? Abang aku jawab, mula2 jatuh cinta dengar suara. Lepas tu abg uji sikit2, alhamdulillah abang yakin dengan pilihan abang. Aku tanye la, abg xrasa ke kakna tu kasar sikit? Abg aku jawab, dalam bilik lain. Hahahahaha. Bongok gak abg aku ni.

Kesimpulan

Pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini ialah jangan mudah menilai orang daripada luaran.Kenal dulu hati budi baru kita tahu siapa dia. Biasalah manusia,mana ada yang sempurna,kekurangan pasti ada dalam setiap diri manusia. Kongsikan. Semoga bermanfaat.

Sumber : IIUM
Sumber: Ohmydakwah.com
Sumber: SuaraMedia.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *