“Saya Mengaku Bersalah Kerana..”, GEMPAR!! Akhirnya Dato Vida Berlaku Jujur Di Mahkahmah Dan Dikenakan Hukuman! Berita Sedih Buat Peminat DSV

“Saya Mengaku Bersalah Kerana..”, GEMPAR!! Akhirnya Dato Vida Berlaku Jujur Di Mahkahmah Dan Dikenakan Hukuman! Berita Sedih Buat Peminat DSV

Gara-gara menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman didenda sebanyak RM4,800 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini selepas mengaku bersalah. Dalam prosiding terbabit, Datuk Seri Vida menjawab ringkas, bagi memudahkan semua pihak, beliau mengaku bersalah.

“Bagi memudahkan semua pihak, saya mengaku salah. Saya tidak dapat mengawal percakapan kerana program itu disiarkan secara langsung dan sekarang saya memilih untuk berdiam diri dan tidak membuat siaran langsung lagi,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai prosiding yang berjalan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Mengikut pertuduhan, Datuk Seri Vida didakwa menyiarkan iklan dalam sebuah rancangan mengenai produk kesihatannya, Pamoga yang didakwa boleh menyembuhkan kulit melecur, sakit sendi dan sakit lutut tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat. Terdahulu Datuk Seri Vida tidak diwakili peguam, membuat rayuan memohon dikenakan hukuman ringan. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Bahagian Penguatkuasaan Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menolak rayuan terbabit dan memohon dikenakan hukuman berat kerana mempunyai rekod kesalahan lampau serta identiti beliau yang dikenali ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *