WAJAH TERBARU RINGGO FOTOGRAF

Masa zaman 90an dulu, kumpulan Fotograf ni mmg popular habislah. Lagu-lagu diaorang macam Di Alam Fana Cintamu, Luka Seribu Rindu, Ke Pintu Kasihmu etc semua tu mmg meletop gila-gilalah kat radio.

Di antara ahli kumpulan diaorang yang famous selain penyanyinya, arwah Shamrin, adalah pemain dramnya, Ringgo.

Ringgo ni zaman tu kira jambu habislah…budak pompuan kalu tgk gambor Ringgo ni boleh cair habis beb hehehe
Namun sejarah kegemilangan Ringgo ni musnah apabila dia terpaksa meringkuk dalam penjara di Caracas, Venezuela pada tahun 2007 kerana disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah.

Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad yang juga seorang pelukis ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas ketika mahu berlepas pulang ke Malaysia.

Dia bersama seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan kerana salah sebuah beg yang dibawa oleh Ringgo mengandungi dadah kokain seberat 4.6 kilogram. Ekoran itu, dia ditahan di sebuah lokap di Caracas sebelum dipindahkan ke penjara berhampiran manakala rakannya itu dilepaskan.

Sebelum ke Venezuela, Ringgo dikatakan menyertai misi pelancongan di Sepanyol tetapi tidak pulang bersama ahli rombongan itu kerana mengikut penggiat �busking� di negara itu.

Dalam perbualan telefon dengan keluarganya yang tinggal di sebuah flat di ibu negara sejurus penahanannya, Ringgo mendakwa dia dianiaya oleh lelaki yang terlepas itu.
Lelaki yang baru dikenalinya di Caracas itu memintanya membawa beg tersebut. Ringgo bersetuju menolong atas semangat rakan senegara.

Apapun terbaru, sahabatku yang juga bekas wartawan hiburan Rosli Manah telah upload gambar terkini Ringgo dlm FB dia.

Menurut Rosli, Ringgo dah dibebaskan dari penjara di Venezuela itu dan kini sering dilihat melawat rakan-rakan pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

OKlah tu, benda dah lepas. Semoga dia terus sukses dan tidak padang ke belakang lagi…keep on rolling bro!

 

 

Credit fb syahril a. Kadir / penmerah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *