Wanita Ini Sering Sakit Perut Dan Sukar Buang Air Besar Terkejut Bila Diberitahu Dia Mengandungkan Mumia Anaknya Selama 37 Tahun Dalam Perut Yang Telah Bertukar Seperti Batu

Jambi: Kejadian seorang wanita berusia 60 tahun mengandung selama 37 tahun, menjadi perhatian kerana bayi itu yang dikeluarkan doktor melalui pembedahan sudah menjadi mumia, keras seperti batu.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tun Nyak Tun, dikatakan tidak menyedari dia mengandung namun, menurut anggota keluarganya, dia sering mengadu sakit perut dan sukar buang air besar.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu, kerana tidak sanggup menahan sakit lagi, Tun meminta anaknya menghantarnya ke hospital, Isnin lalu.

Detik.com melaporkan, Dr Parianto yang mengetuai pembedahan Tun di Hospital Raden Mattaher di sini, berkata berdasarkan imej pada imbasan, pihaknya menyangka ia adalah ketumbuhan lalu melakukan pembedahan, Selasa lalu, yang mengambil masa dua jam setengah.

Pasukan itu mengeluarkan benda keras seberat 1.5 kilogram dan selepas diperiksa, mereka dapati ia adalah bayi yang sudah keras.

“Bayi itu meninggal dunia dalam perut dan kemudian menjadi mumia,” katanya.

Menurutnya, bayi itu terbungkus oleh lapisan kapur yang keras dan pihaknya berhati-hati melakukan pembedahan agar tidak merosakkan bayi berkenaan.

“Kami mengetuknya. Ia keras seperti batu. Bagi mengetahui lebih lanjut, kami gergaji benda itu dan menemui rambut. Hasil pemeriksaan selanjutnya, termasuk X-ray, sungguh mengejutkan kerana kelihatan kerangka lengkap manusia,” katanya.

Parianto berkata, mumia bayi itu akan diawet untuk keperluan pendidikan perubatan.

Beliau berkata, kejadian bayi meninggal dunia dalam kandungan, menjadi keras di luar rahim amat jarang berlaku dan sejak 400 tahun lalu, hanya ada 300 kejadian seperti itu.

Sumber : Sayaphitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *