“skuad kematian kesepian” di Jepun, dikatakan kerja paling sukar dan menyedihkan di dunia!

Kumpulan yang dikenali sebagai “skuad kematian kesepian” di Jepun, dikatakan kerja paling sukar dan menyedihkan di dunia!

Kumpulan pembersihan ini akan membersihkan rumah yang terdapat jasad yang sudah lama mati. Pihak berkuasa seperti polis akan menguruskan mayat yang sudah mereput itu tetapi krew pembersihan itu akan menguruskan rumah yang berbau busuk dan dipenuhi sampah-sarap serta lalat yang berterbangan.

Bagi negara Jepun yang membangun pesat dan maju, dicatatkan sehingga 127 juta orang mati sendirian tanpa diketahui.

Satu daripada empat orang di Jepun yang melebihi umur 65 tahun akan kehilangan hubungan dan pertalian sesama keluarga, yang membawa kepada perpisahan dan pengasingan antara ahli keluarga.

Siri gambar ini menunjukkan skuad yang dikhususkan untuk menguruskan harta mereka yang telah mati bersendirian di rumah dan tidak diketahui oleh ahli keluarga mereka.

Walaupun pihak berkuasa telah menguruskan jasad yang telah mereput tersebut, majoriti benda di dalam rumah masih tidak diuruskan seperti pinggan-mangkuk yang tidak dibersihkan di singki dan surat-surat yang belum dibuka berbulan-bulan lamanya.

Diambil di Tokyo, imej ini menunjukkan krew pembersihan memasuki rumah di mana si mati menghabiskan waktu-waktu terakhirnya.

Semburan khas digunakan untuk membunuh lalat yang berterbangan

Penghormatan: Seorang pekerja pembersihan bertafakur sebelum memasuki rumah yang menemukan jasad seorang lelaki berusia 85 tahun

Kawasan rumah yang perlu dibersihkan oleh krew pembersihan

Jiran tidak menyedari ketiadaan warga tua tersebut. Pihak bank milik si mati membuat pembayaran sewa rumah tepat pada masanya, keluarganya tidak mengunjung beliau dan sebeb utama jasad tersebut ditemukan adalah kerana terdapat bau-bauan yang tidak menyenangkan dari rumah tersebut.

Tugas pembersihan ini menjadi perkara biasa dan lebih dikenali kerana tugas yang semakin banyak akibat kes yang kian meningkat

Salah seorang pekerja, Masuda memberitahu bahawa tugas ini dilakukan 3 sehingga 4 kali seminggu pada musim panas apabila jasad lebih cepat mereput pada musim tersebut.

Pekerja akan memakai pakaian yang memberi perlindungan kepada mereka daripada segala kekotoran, supaya penyakit merbahaya tidak menjangkiti mereka. Kerja yang dilakukan oleh para krew pembersihan sangat menakjubkan, yang menyebabkan rumah tersebut kelihatan seperti orang yang baru berpindah.

Pekerja pembersihan meletakkan barangan yang terdapat dari rumah tersebut

Penghormatan diberikan oleh pekerja kepada si mati

Pekerja pembersihan menyemak barangan dan dokumen si mati

Tuan rumah apartmen tersebut, Yoshie Fukuhara, 77 tahun dilihat meletakkan bunga di tempat jasad si mati ditemukan dan bertafakur

Di sebuah negara yang dicatatkan terdapat kira-kira 5 juta orang dewasa yang tinggal bersendirian, jumlah jasad yang mereput yang ditemui dijangka akan terus meningkat.

Sumber: Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *