‘Nak Tolong Ibu Ayah Masuk Syurga’ – Surat Terakhir Dari Mangsa Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Buat Netizen Sebak Membacanya

Ibu kepada salah seorang pelajar yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah memberitahu anaknya Amiel Asyraf sempat memberikan sepucuk surat ketika bertemu dengan anaknya sehari sebelum kejadian kebakaran.

Kandungan surat tersebut amat menyentuh hati sesiapa saja yang membacanya. Ini kerana anaknya itu mahu membantu kedua ibu bapanya masuk ke syurga.

Berikut adalah isi kandungan yang sempat dikongsi oleh Norhayati Khalid.

Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.

Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.

Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus.

Dalam kejadian itu,seramai 24 Mangsa Meninggal dunia termasuk warden dan pelajar serta Beberapa org Cedera. (Maklumat Awal) Semoga keluarga mangsa tabah hadapi Ujian besar drp Allah Swt. Al fatihah.

Sumber : www.kakishare.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *