Gadis JPJ Comel Fasih Berbahasa Mandarin Dipanggil Ketua Jabatan

Satu posting video menunjukkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berbangsa Melayu viral di laman sosial kerana kemampuannya membantu menerangkan proses mengambil cukai jalan serta insuran kepada 2 pelajar dari negara China.

Video yang dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Syamsul Amir menunjukkan seorang pegawai wanita JPJ bernama Nur Syafiqah Azaman fasih berbahasa Mandarin menerangkan proses tersebut kepada 2 pelajar dari China yang datang berurusan di JPJ Perlis.

 

“Datang student dari negara China ni untuk urusan di JPJ Perlis, boleh komunikasi dalam bahasa Cina ja.. English langsung tak faham sepatah pun, lucky we have a great staff Nur Syafiqah Azaman yang memang fasih berbahasa Cina kat kaunter depan JPJ Perlis.”

Demikian status yang dikongsi bersama posting video itu.

Menariknya video yang dikongsi semalam ditonton lebih 40,000 kali dan sedang hangat dikongsi di laman sosial.

Netizen memuji kebolehan Syafiqah yang bukan sahaja fasih berbahasa Mandarin malah bijak menggunakannya dalam waktu genting.

Ada juga yang berkata Syafiqah fasih kerana tidak ramai yang bijak mengolah perkataan membabitkan insurans dan cukai dan bahasa Mandarin dengan betul apatah lagi memberi penjelasan kepada pelajar dari negara Cina itu sendiri.

Suan Poh Tan misalnya menyifatkan gadis ini sebagai penjawat awam yang berkualiti kerana menguasai lebih bahasa dan memudahkan urusan harian.

“Tak nampak bangang di mata masyarakat mahu pun dunia! Ada orang luar negara tau kita anak Malaysia digelar pakar bahasa! Sekurang-kurangnya 3 bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, English atau Arab dan lain-lain!” tulisnya.

Roderick Richard pula berkata, “Thumb up! Aku sekolah cina juga dulu tapi nak tahu orang tu fasih ke tak Mandarin, kena tengok penguasaan suku kata Mandarin dia. Pegawai ni dia tau insuran dalam mandarin, kalo tanya mana-mana bumiputera yang study mandarin, tak semua orang tahu translate insurans dalam Mandarin. Kebanyakan hanya guna Mandarin rojak bercampur English.”

Seorang lagi pengguna, Hidayat Yahaya menyimpulkan adalah bagus sekiranya semua sekolah mewajibkan pelajar mempelajari bahasa Melayu, Cina dan Tamil untuk semua bangsa.

 

Selepas videonya tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ), Nur Syafiqah Azaman dipanggil untuk bertemu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid di Putrajaya.

 

Pegawai Perhubungan Awam JPJ Perlis, Mohd Tarmizi Ghazali yang berkata, undangan itu merupakan satu penghormatan khususnya buat JPJ Perlis.

 

“Nur Syafiqah bertugas di kaunter pendaftaran kenderaan. Beliau akan berhadapan terus dengan pelanggan.”

Tambahnya lagi..

“Apabila dapat menyelesaikan tugas dan membantu pelanggan, ia adalah kejayaan buat kami. Selepas video itu tular, ia secara tidak langsung memberikan imej yang lebih baik buat JPJ,” katanya kepada Sinar Harian Online.

 

Nur Syafiqah dijangka bertemu Shaharuddin pada hari esok. Terdahulu, Nur Syafiqah, 23, menjadi sebutan apabila video yang dirakam salah seorang pegawai JPJ tular di media sosial.

 

Nur Syafiqah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon pelajar berkenaan.

Video berdurasi satu minit 38 saat itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata berbangga dengan apabila Nur Syafiqah fasih bercakap Mandarin.

Sumber : Sinar Harian & FreeMalaysiaToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *