5 Cerita Lawak Pendek Yang POPULAR .. No 4 Tu Memang Senak Urat Kentut

Image result for cerita lawak pendek

Pelik Pelik

Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya. “Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?” tanya Maria. “Sayang…” kata suaminya, “kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya.” “Tak… I janji tak marah,” rayu Maria. “Baiklah… kalau You dah desak sangat,” jawab suaminya, “Hmmm… satu… dua… tiga… empat… You… enam… tujuh… orang gaji kita… lapan…”

 

Image result for cerita lawak pendek

Dot Pi Dot Mai.

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. “Kenapa ni sayang?” tanya Salman. “I diserang sakit jantung”, jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,

“Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar.” Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, “Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?”

 Siapa Ini?

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: “Hello… tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!”

Jururawat: “Sila bertenang… ini anaknya yang pertama ke?”

Lelaki: “Apa la punya bangang… ni laki dia la!”

Related image

Jururawat: “Erkkk…”

Malu Sesangat.

Seorang wanita muda telah ter’bersalin’ di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, “Cik… keluar lah… aper nak dimalukan…perkara biase jer nih.” Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, “Tak mau, tak mau, saya malu.

” Psychologist itu menambah, “Alah cik… tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk… pompuan tu beranak dalam longkang!!” Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, “Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!”

Related image

Telur.

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. “Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.

Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai… Tiba-tiba ibunya mencelah, “Telurnya mana?” Jamal menjawab,“Err…. Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!”

Image result for cerita lawak pendek

Bagi XTRA …

 

KISAH PENGEMIS TUA DI DEPAN KAMPUS UITM

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di
depan kampus UITM.

 

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?

Pengemis : Ya… lebih kurang sudah 8 tahun , nak

Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya

dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..

Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga…

Mahasiswa : Ehhhh…..keluarga ada di mana?

Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang… Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni…boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?

Pengemis : tak arrrrrr….semuanya mengemis seperti pakcik….

*Perrggghhhhhhhhh!!! hampehhhhhh*

 

Image result for hahaha

Kredit: virality666

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *