Esna Venere: Supercar Pertama Buatan Malaysia..Memang POWERRR!!!

kenali esna venere supercar pertama buatan malaysia

 

Pada tahun 2005 iaitu kira-kira 12 tahun yang lalu, industri automotif Malaysia dikejutkan dengan Esna Venere, sebuah nama yang disebut-sebut sebagai supercar pertama negara kita.

Esna Venere dikatakan berpotensi menjadi suatu batu loncatan untuk Malaysia menjadi setanding dengan negara-negara pengeluar sports car seperti Jerman, Itali dan Jepun.

Sehingga kini, maksud sebenar perkataan “Venere” masih belum diketahui, namun apa yang penting untuk anda ketahui ialah penciptaan kereta ini merupakan buah idea seorang usahawan tempatan yang idealistik bernama Esmail Naziadin. Pada ketika itu, tiada siapa dapat terfikir akan wujudnya sports car buatan Malaysia dengan harga anggaran antara RM500,000 ke RM800,000 seunit.

Reka bentuk model ini sepenuhnya dihasilkan oleh warga tempatan. Projek tersebut mengambil masa hanya 5 bulan untuk ditukar dari sekadar sebuah lakaran kepada konsep yang anda dapat saksikan.

Spesifikasi kereta ini dikatakan dilengkapi enjin 3.0L enam silinder supercharged dipadankan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau automatik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 300 hingga 350 hp. Ia juga boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 300km/j.

Badan Esna Venere akan diperbuat daripada penggunaan bahan komposit seperti aloi chromoly, aluminium sarang lebah dan gentian karbon. Oleh sebab itu, berat kereta ini ketika siap amat ringan iaitu di bawah 1,080kg. Sistem suspensinya pula menggunakan teknologi double wishbone yang ditala oleh pakar tempatan dan luar negara.

Selepas diumumkan pada tahun 2005, pengilang Esnasports Sdn Bhd agak bercita-cita tinggi dan ada membuat perancangan untuk mempamerkan prototaip ini di Geneva Motor Show pada tahun 2006. Terdapat juga cakap-cakap untuk Venere bertanding dalam Le Mans 24 hours Endurance Race juga pada tahun yang sama.

 

Pastinya, sports car ringan ini yang dijangka dikeluarkan secara terhad sebanyak 150 unit sahaja mempunyai potensi yang bagus kerana pada masa itu sebanyak 20 tempahan telah berjaya dibuat.

Malangnya, pengasasnya Esmail Naziadin meninggal dunia sebelum kesemua perancangan ini dilakukan. Dengan kematian beliau, maka projek kereta tempatan yang optimistik ini terpaksa ditamatkan dan hanya menjadi kenangan dalam sejarah permotoran negara.

Kita sepatutnya mengingati usaha Esmail kerana ia merupakan gambaran jelas akan semangat “Malaysia Boleh” yang sentiasa diuar-uarkan. Ternyata, harapan untuk melihat kereta tersebut diparkir di tepi pantai French Riviera tidak dapat menjadi kenyataan.

Jika tidak, ia mungkin dapat mengubah persepsi Jeremy Clarkson terhadap kebolehan Malaysia dalam mencipta kereta berkualiti sejak perbuatan beliau memalukan kereta Perodua Kelisa menerusi rancangan “Top Gear”.

Tidak mustahil Esna Venere bakal menjadi kereta ikonik kebanggaan Malaysia yang mampu mencabar nama-nama besar dalam industri sports car yang lain seperti Porsche, Ferrari dan Lotus.

Adakah rakyat tempatan yang boleh menyambung visi Esmail Naziadin bagi merealisasikan projek ini di masa akan datang? Wallahualam.

 

kenali esna venere supercar pertama buatan malaysia 1

 

kenali esna venere supercar pertama buatan malaysia 2

 

kenali esna venere supercar pertama buatan malaysia 3

 

kenali esna venere supercar pertama buatan malaysia 4

 

kenali esna venere supercar pertama buatan malaysia 5

 

Kredit: iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *