MENGHARUKAN! LELAKI INI MENOLONG NYAWA BUAYA YANG NYARIS MATI, TIDAK DISANGKA BUAYA “BALAS BUDI DENGAN CARA YANG SANGAT MENYENTUH HATI”!

Apa yang kamu fikirkan jika mendengar kata “buaya”? Buaya memang terkenal buas, ganas dan menyeramkan. Haiwan berdarah sejuk ini tak akan segan-segan memangsa siapa saja yang memasuki kawasan mereka.

Kalau melihat buaya, pastinya kamu akan lari jauh-jauh. Namun, bukan bererti buaya adalah binatang yang tak berperasaan. Siapa sangka haiwan ini ternyata boleh menjadi teman baik manusia, bahkan seumur hidup?

Persahabatan unik ini dialami oleh seorang warga negara Costa Rica, dengan seekor buaya bernama Pocho. Dua puluh tahun yang lalu, Chito menemui buaya ini di sungai dengan keadaan terluka akibat terkena tembakan api.

 

Buaya itu pernah hampir saja tewas. Namun, Chito berjaya menyelamatkannya dan membawanya pulang ke rumah. Ia beri Pocho makan ayam dan ikan serta ubat sampai ia sembuh. Pada masa itu, Chito tidak tahu bahawa hari itulah awal dari persahabatan mereka.

Bagi seorang pencinta haiwan seperti Chito, menjaga buaya adalah sebuah kewajiban: “Saya hanya berharap dia dapat merasakan cinta kasih dan mengerti bahawa tidak semua manusia jahat.” Ia bahkan tidur di sebelah Pocho setiap malam.

Chito dengan sabar merawatnya sampai Pocho benar-benar pulih. Selepas enam bulan, Pocho akhirnya sembuh dan mendapatkan kembali kekuatannya. Chito pun melepaskannya kembali ke sungai.

Tapi keesokan paginya, dia tercengang ketika melihat Pocho kembali dan tidur di luar rumahnya. Ternyata Pocho mengikuti bau Chito dan mendapati rumahnya. Pada masa itu, Chito sedar ia telah menjadi temannya.

Setelah mendapat izin khusus dari Kementerian Alam Sekitar Costa Rica, Pocho hidup bersama Chito.Mereka sering berenang, bermain bahkan berpelukan.

Chito berkata, “Kamu harus membayangkan kamu adalah haiwan itu, baru kamu boleh mendekatinya. Jika kamu mendekati mereka sebagai seorang manusia, mereka boleh merasa kamu adalah bahaya. ”

Selepas cerita ini tersebar, ramai pengunjung pelancong yang datang ke tempat ini. Mereka terkejut apabila melihat perilaku Pocho yang lembut. Mereka lebih terkejut lagi ketika Chito memanggil nama Pocho, Pocho langsung datang menghampirinya.

 

Malangnya, Chito dan Pocho harus berpisah, Pocho mati akibat usia yang sudah tua, iaitu 50 tahun. Lelaki asal Costa Rica itu pun menanamnya dan peminat Pocho ikut menghadiri proses pengebumian.

Dengan teresak sangat sedih, Chito memberikan salam perpisahan kepada Pocho, teman kesayangannya …

Mari kita lihat video Pocho dan Chito berenang bersama:

Sungguh kisah yang sangat menyentuh! Pelajaran yang dapat kita petik dari kisah diatas adalah “Kasih sayang tidak mengenal hal apapun. Kasih sayang yang tulus dapat meluluhkan segala-galanya. “Jangan lupa untuk SHARE cerita ini kepada teman-temanmu yah!

Sumber: Little Things | Animal Planet | Wiki

Kredit: BS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *