12 HACKER PALING POWER DI DUNIA!!

Definisi “hacker” atau penggodam adalah individu yang menggunakan komputer untuk mendapatkan akses kepada maklumat tanpa kebenaran. Pelbagai sebab penggodam menggodam sistem atau rangkaian komputer.

Antaranya termasuklah mencuri maklumat untuk dijual dan juga untuk menguji kebolehan komputer mereka. Apa-pun tujuannya menggodam merupakan satu jenayah siber dan akan didakwa jika disabitkan kesalahan.

evgeniy bogachev

Selain daripada Evgeniy Bogachev, penggodam paling dikehendaki di dunia yang masih belum berjaya dijejaki, iluminasi.comingin berkongsi antara 12 penggodam paling power dalam sejarah.

1. Gary McKinnon

gary mckinnon

Gary McKinnon adalah seorang hacker yang berasal dari Scotland. Beliau telah melakukan apa yang dikatakan “penggodaman komputer tentera terbesar dalam sejarah”. Di antara Februari 2001 dan Mac 2002, Gary telah menggodam 97 komputer tentera Amerika Syarikat dan NASA. Lebih menarik, beliau yang menggunakan nama “Solo”, telah melakukan penggodaman itu di rumah ibu saudara kekasihnya, di London.

Beliau telah memadam fail-fail yang sangat penting daripada sistem komputer menyebabkan rangkaian 2,000 buah komputer Tentera Darat Amerika Syarikat bahagian Washington tergendala. Beliau juga meninggalkan mesej di laman sesawang rasmi tentera US, “Sistem keselamatan komputer anda seperti sampah”. Gary juga telah memadam log senjata di Stesen Senjata Angkatan Laut Earle membuatkan rangkaian 300 komputer tak dapat beroperasi dan pembekalan senjata kepada tentera laut Amerika Syarikat lumpuh.

Beliau juga dituduh mencuri data, fail akaun dan kata laluan. Kerugian yang disebabkan oleh Gary dalam menjejakinya serta membaiki masalah yang dicetuskannya mencecah RM2.94 juta. Beliau berjaya mengelak daripada kerajaan Amerika sehingga tahun 2005 apabila beliau berhadapan dengan hukuman ekstradisi. Namun kerajaan UK tidak meluluskan permohonan ekstradisi terhadap Gary atas alasan beliau mengalami masalah kesihatan.

2. LulzSec

lulzsec

Merupakan kumpulan penggodam Black Hat terdiri daripada 6 orang ahli diketuai oleh Hector Monsegur dengan nama samaran “Sabu”. Kumpulan ini sangat berprofil tinggi dan bertanggungjawab ke atas penggodaman Sony, News International, CIA, FBI, Scotland Yard dan beberapa akaun ternama.

Kumpulan ini telah menggodam akaun News International dan memaparkan laporan palsu mengatakan Rupert Murdoch telah meninggal dunia.

Mereka menggodam Nintendo namun tiada maklumat berharga dijumpai oleh kumpulan ini. Mereka juga mendakwa tidak bermaksud untuk membahayakan Nintendo kerana mereka sukakan Nintendo. Lulzsec juga telah menggodam dan mencuri maklumat daripada laman sesawang pornografi www.pron.com dan menerbitkan 26,000 alamat e-mel dan kata laluan pelanggan laman sesawang tersebut.

Antara maklumat yang diperolehi adalah 2 pengguna yang melanggan dari web tersebut menggunakan e-mel berkaitan dengan kerajaan Malaysia dan 3 pengguna menggunakan e-mel tentera Amerika Syarikat. Facebook telah membekukan akaun Facebook yang menggunakan e-mel yang didedahkan kerana bimbangkan pengguna Facebook pula digodam selepas LulzSec menggalakkan orang ramai supaya cuba mencari profil Facebook menggunakan e-mel yang didedahkan.

Kumpulan ini dikatakan telah bersara namun moto mereka, “Laughing at your security since 2011!” masih hidup hingga kini. Ramai yang berasakan bahawa kumpulan ini melakukan penggodaman untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ketiadaan keselamatan yang cekap terhadap penggodam.

Bekas ketua kumpulan ini juga telah membantu FBI menghentikan lebih daripada 300 serangan siber sejak penangkapannya pada tahun 2011.

3. Adrian Lamo

adrian lamo

Adrian Lamo adalah penggodam warganegara Colombia-Amerika. Beliau terkenal selepas menggodam akaun Yahoo!, Microsoft dan Google. Pada tahun 2002, beliau telah menggodam The New York Times dan menambahkan namanya ke dalam pangkalan data pakar sumber serta menggunakan akaun LexisNexis untuk mendengalikan kajiaan berprofil tinggi.

The New York Times kemudiannya menyedari perkara ini dan membuat laporan, menyebabkan Adrian diberkas pada Ogos 2003. Adrian mengaku bersalah melakukan terhadap godaman yang dilakukan. Beliau dijatuhkan hukuman tahanan berkurung di rumah ibu bapanya dan denda sebanyak RM273,000 kepada Yahoo!.

Adrian kemudiannya menjadi penganalisa ancaman, yang telah berjaya membuatkan pelaku yang menyebarkan maklumat sensitif mengenai kerajaan Amerika Syarikat, Bradley Manning, tertangkap. Mungkin Adrian Lamo telah ditawarkan bekerja untuk kerajaan Amerika Syarikat.

4. Mathew Bevan dan Richard Pryce

mathew bevan dan richard pryce

Mathew Bevan dan rakan kongsinya Richard Pryce adalah dua penggodam yang mungkin telah mencetuskan banyak masalah di antara dua negara seteru iaitu Amerika Syarikat dan Korea Utara. Apa yang dilakukan mereka adalah menggodam komputer Tentera AS, dan menggunakan sistem tersebut untuk menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan asing.

Maklumat penting daripada Institut Penyelidikan Atom Korea telah dimasukkan ke dalam sistem Tentera Udara Amerika Syarikat. Namun, mereka bernasib baik kerana kandungan maklumat tersebut kebanyakkan berkenaan Korea Selatan. Walaubagaimanapun ia mungkin mampu menyebabkan perbalahan di antara dua negara.

Menyasarkan saraf yang terlalu sensitif, apa yang Mathew Bevan bersama rakannya yang dikatakan Richard Pryce lakukan, boleh mencetuskan banyak masalah antara Amerika Syarikat dan Korea Utara. Kedua-dua mereka menggodam komputer ketenteraan AS dan menggunakannya sebagai alat untuk menyusup sistem asing. Kandungan penting Institut Penyelidikan Atom Korea telah dibuang ke dalam sistem USAF.

Walau bagaimanapun, kandungannya sangat berkaitan dengan Korea Selatan dan oleh itu, kurang menentu. Tetapi ini, bagaimanapun, boleh membawa kepada isu antarabangsa yang besar.

5. Jonathan James

jonathon james

Bermula sebagai penggodam ketika berusia 16 tahun, Jonathan James adalah penggodam yang sangat hebat. Beliau yang menggunakan nama “c0mrade” telah menggodam jabatan kerajaan iaitu Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Beliau memasang penghidu dalam sistem tersebut yang membolehkan beliau mengetahui mesej yang dihantar di antara kakitangan agensi itu. Beliau juga telah mencuri username dan kata laluan serta maklumat penting yang lain, termasuklah perisian yang penting.

Perisian tersebut mengawal elemen penting dalam kehidupan di Stesen Angkasa Antarabangsa seperti kawalan suhu dan kelembapan. NASA terpaksa menghentikan operasi komputer selama 3 minggu dan kerugian sebanyak RM172,000 bagi menyemak dan membaiki sisterm tersebut.

Jonathan walaubagaimanapun telah menafikan segala tuduhan terhadapnya .Pada tahun 2008, disebabkan takut beliau akan dijatuhkan hukuman ke atas kesalahan yang dikatakan tidak dilakukannya, Jonathatn James telah membunuh diri.

6. Kevin Poulsen

kevin poulsen

Kevin Poulsen bukanlah seperi penggodam lain yang mengganggu sistem operasi kerajaan atau berkaitan, tetapi beliau telah menggodam untuk memenangi kereta sport. Pada 1 Jun 1990, beliau telah menggodam dan mengawal talian telefon stesen radio Los Angeles, KIIS-FM.

Penggodaman itu membolehkan beliau menentukan dirinya sebagai pemanggil ke-102 yang layak untuk memenangi sebuah kereta Porshe 944 S2. FBI kemudiannya menjalankan pencarian ke atas Kevin yang telah awal melarikan diri.

Namun beliau berjaya diberkas di sebuah pasaraya dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, dan diharamkan daripada menggunakan komputer dan internet selamat 3 tahun selepas pembebasannya. Hukuman pengharaman penggunaan komputer dan internet itu merupakan buat kali pertama ke atas rakyat Amerika.

7. Kevin Mitnick

kevin mitnick 64

Jika anda pernah menonton filem Takedown, ia mengisahkan tentang penggodam bertaraf dunia ini, Kevin Mitnick. Beliau sangat power dan terkenal sehinggakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menggelarkannya “Penjenayah komputer paling dikehendaki dalam sejarah AS.”

Pada tahun 1979, ketika berusia 16 tahun, beliau mula memperoleh akses rangkaian komputer tanpa kebenaran apabila rakannya memberikan nombor Ark, telefon sistem komputer Digital Equipment Corporation (DEC) yang digunakan untuk membina sistem perisian mereka. Beliau menggodam komputer DEC dan menciplak perisian. Beliau didapati bersalah atas kesalahan itu dan dihukum penjara 12 bulan dan 3 tahun pembebasan berkawal.

Ketika tahun akhir dalam pengawasan, Kevin menggodam komputer mel suara Pacific Bell, dan satu waran tangkap dikeluarkan ke atasnya menyebabkan beliau menjadi buruan selama 2 tahun setengah. Ketika dalam buruan, beliau memperoleh akses komputer tanpa kebenaran dan menggunakan telefon klon untuk menyembunyikan lokasinya.

Beliau juga mencuri kata laluaan komputer, mengubahsuai rangkaian komputer dan memecah masuk dan membaca e-mel persendirian. Beliau akhirnya diberkas, dan didapati bersalah ke atas banyak jenayah siber termasuk menggodam Nokia, Motorola dan Pentagon. Beliau dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Kini, beliau merupakan pemilik Mitnick Security Consulting yang menawarkan servis sekuriti kepada syarikat-syarikat.

8. Anonymous

anonymous

Anonymous digelar sebagai “Robin Hood digital”. Ia merupakan sebuah kumpulan aktivis penggodam atau “hacktivist”. Kumpulan ini sangat terkenal dalam menggodam dan menyerang laman sesawang kerajaan, keagamaan dan korporat.

Antara yang menjadi mangsa Anonymous adalah Vatican, FBI, CIA, PayPal, Sony, Mastercard, Visa, dan juga kerajaan China, Israel, Tunisia, Australia, India, Syria Amerika Syarikat dan Uganda. Ramai dari ahli kumpula ini telah menjelaskan bahawa niat mereka adalah untuk menyerang penapisan dan pengawalan internet.

9. Astra

astra

Astra adalah nama pena yang digunakan oleh seorang penggodam yang mencuri dan menjual senjata api. Astra yang berasal dari Greece dan berusia 58 serta merupakan seorang ahli matematik, telah menggodam sistem komputer syarikat Dassault Group (Perancis) selama tempoh 5 tahun. Dalam tempoh itu beliau telah mencuri maklumat teknologi senjata dan perisian model 3D, dan dijual kepada sekurang-kurangnya 250 individu dari Brazil, Perancis, Jerman, Italy, Afrika Selatan dan juga Timur Tengah.

Namun akhirnya perkara itu disedari oleh Dassault Group dan memulakan pencarian. Mereka akhirnya berjaya menjejaki Astra di apartmentnya di Athens, Greece. Kos kerugian disebabkan oleh Astra dianggarkan di antara RM1 billion hingga RM1.5 billion. Beliau ditahan pada 2008 dan dihukum penjara selama 6 tahun.

10. Albert Gonzalez

albert gonzalez

Adakah perbankan internet itu selamat? Adakah anda rasa wang anda di dalam bank selamat dengan penggunaan perbankan internet? Albert Gonzalez pasti setuju mengatakan perbankan internet adalah tidak selamat.

Albert telah mencuri kad kredit orang ramai, selama 2 tahun, dan merupakan pencurian kad kredit terbesar dalam sejarah manusia. Sebanyak 170 juta kad kredit dijual semula bersama nombor ATM. Beliau melakukan pencurian itu menggunakan penghidu yang kemudiannya mencuri maklumat dari rangkaian dalaman korporat.

Beliau turut menyelia laman shadowcrew yang merupakan forum yang membolehkan ahlinya untuk membeli nombor kad kredit yang dicuri. Kerugian yang disebabkan oleh tindakan beliau mencecah RM840 juta, dan beliau telah dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara.

11. Amjad Nayef Mahmoud

amjad nayef mahmoud

Amjad Nayef merupakan seorang pelajar IT yang berasal dari Palestin. Baru-baru ini beliau telah diberikan pengiktirafan oleh ibu pejabat kerajaan Amerika Syarikat iaitu Pentagon. Walaubagaimanapun, beliau tidaklah menggunakan kepakarannya ini untuk kepentingan diri sendiri.

Kementerian Pertahanan negara itu telah menyenaraikan namanya dalam senarai kepujian kerana beliau telah menemui kelemahan “Cross-Site Request Forger” (CSRF) yang boleh menyebabkan akaun ejen Pentagon diceroboh masuk dengan mudah, lalu memberitahu pihak kerajaan Amerika Syarikat.

Untuk berita lanjut, anda boleh baca di sini.

12. Fattah Amin

fattah amin 989

Beliau merupakan antara penggodam paling hebat di Malaysia. Beliau telah berjaya menggodam hati gadis-gadis di Malaysia dengan gaya lakonan yang mantap serta wajah yang kacak. Selain itu, suaranya yang lunak bak “auto-tune” dalam lagu Wanita Terakhir menjadi siulan.

Ramai lelaki-lelaki tidak menyukai Fattah Amin menggelarkannya sebagai “kayu” kerana cemburukan bakatnya yang tidak diperoleh lelaki lain dalam menggodam hati wanita. Terbaru, hacker ini telah berjaya menggodam hati Fazura, yang mana telah berjaya menggodam hati Neelofa sebelum itu. Ia diakui oleh Persatuan Gadis-Gadis Comel Se-Malaysia.

Namun walaupun masih belum tertangkap kerana jenayahnya, beliau mempunyai kelemahan iaitu tidak boleh terkena cahaya matahari yang terlalu panas. Penulis masih tertanya-tanya mengapa.

Penulis tidak berat sebelah, dan mengakui kehebatan beliau. Dan penulis tidak mempunyai kaitan atau hubungan dengan hacker terbaik Malaysia ini, cuma mengagumi.

Nota : Ramai hacker hebat di dunia ini dan senarai ini terlalu subjektif dan dihasilkan menurut pendapat menulis sendiri. 

Rujukan:

1. The Register

2. Hack Story

3. Complex

4. Make Use Of

5. BBC

6. Thought Catalog 

Kredit: Iluminasi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *