Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Menyiapkan Skrip Filem “Pendekar Bujang Lapok” Dalam Hanya 1 Malam..Tak Percaya..Ini Kisahnya

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Menyiapkan Skrip Filem “Pendekar Bujang Lapok” Dalam Hanya 1 Malam..Tak Percaya..Ini Kisahnya | Pada satu malam di sekitar bulan September 1958 bertempat di Boon Teck Road, S.Sudarmaji telah pergi menemui P. Ramlee dirumahnya. Tujuan S. Sudarmaji menemui P. Ramlee adalah untuk meminta P. Ramlee menyemak skrip yang beliau tulis.

Tetapi skrip yang ditulis oleh S. Sudarmaji itu tidak sempurna sepenuhnya hanya sampai di babak samseng samseng Penambang duduk ditangga bercerita sesama sendiri pengalaman dipukul oleh Pendekar Mustar.

P. Ramlee pada ketika itu sedang duduk bersila di atas lantai dengan pen dan kertas. Selalunya kalau begitu P. Ramlee sedang membuat lagu. S. Sudarmaji berkata,

“Ram ini ada skrip tapi belum siap, lu tengok lah dulu.”

P. Ramlee tidak menjawab hanya menganggukkan kepala. Skrip itu diletak di atas meja dan S. Sudarmaji pun berlalu pergi.

Pada keesokkan harinya P. Ramlee memanggil S. Sudarmaji ke rumahnya. Dalam hati S. Sudarmaji berkata mesti P. Ramlee ingin berbincang mengenai skrip yang ditinggalkan semalam. Apabila sampai sahaja S. Sudarmaji dirumah P. Ramlee, P.R amlee lantas berkata,

“Maji, tu skrip lu semalam ada atas meja. Minggu depan kita boleh mula shooting. Lu casting pelakon, dan heroinnya gua nak seorang pelakon wanita bakat baru”.

S. Sudarmaji terdiam seketika dengan kata kata P. Ramlee itu dan lantas beliau mengambil skrip tersebut. Apabila S. Sudarmadi melihat isi kandungan skrip tersebut alangkah terkejutnya beliau kerana skrip itu sudah diselesaikan oleh P. Ramlee. Bukan hanya skrip, tetapi lakon layarnya juga sudah disiapkan.

S. Sudarmaji berkata sendirian di dalam hati, bagaimana Ramlee boleh membuat ini semua dalam tempoh satu malam? Maka dengan itu pada 23 Januari 1959 terbitlah filem PENDEKAR BUJANG LAPOK. Dengan terbitnya filem ini maka terciptalah satu gabungan nama iaitu MADJILEE.

Info tambahan, tiga pelakon wanita bakat baru tersebut ialah Rahmah Rahmat, Siti Hawa Majid dan Rosnah Jasni.

Tetapi P. Ramlee telah memperkenal Rosnah Jasni dalam filem ini dengan menukar namanya kepada Roseyatimah.

Antara Dialog Kelakar Dalam Filem :

Adegan ketika Ramli,Ajis dan Sudin sampai ke kampong Pinang Sebatang untuk mencari rumah pendekar Mustar.

Ramli: Hey mana punya kampong kita dah sampai haa.. Ha..apa dia tulis ni?
Sudin: Jalan Sekapur Sireh Road daa..
Ramli: Alamak kita mau cari kampong pinang tapi jumpa sireh..salah kampong laa..
Ajis: Eh ini kali kita jumpa sireh lain jalan kita jumpa pinang barangkali?
Ramli: Eh itu rumah apa besar hah?
Ajis: Mari kita pergi tengok haa..!
Sudin: Mari..

(Suasana di sekolah dewasa)

Ramli: Eh Sudin..ni bacanya amacam bacanya?
Sudin: Alef Mim Nun Wau ..Alef tendang wau sarkeslah..!
Ajis: Apa pulak sarkees!
Ramli: Hiss.tulis begitu punya panjang bacanya siket sarkes?
Sudin: Tu yang panjang bunganya sajee..yang sikit tu lah sarkes!Tak reti?
Ramli: Tulis pun pakai bunga?
Sudin: Habis takkan hutang saja pakai bunga?
Ajis: Hei..ini barangkali sekolah daa..!
Ramli: Ye daa sekolah…
Sudin: Sekolah kepala hotak kau sekolah..kau tak tengok ni satu satu,semua orang tua-tua..sekolah budak-budak kecik! Ni diaorang malam belajar dengan rimau!
Ramli: Oh tak boleh baliklah?
Sudin: Tak boleh balik! Duduk dalam sini tengok rumah macam kandang!
Ramli: Alah..mari kita duduk bawah pokok sana..terlepas nanti naya!

(Bunyi loceng sekolah..murid-murid dewasa keluar)

Ramli: Hei apa da kau bilang makan sini tidur sini..Mana dia orang nak pergi ni?
Sudin: Ini sarkes dah jinak…dah berapa lama diaorang training..
Ajis: Ini sekolah daa..
Ramli: Ye daa..
Ajis: heh..tua tua kerepot dah semua.?
Ramli: Alamak toksah peduli..mau cari rumah pendekar Mastor punya rumah..
Ajis: Apa daa Mastor..Mustar!!
Ramli: Cari yang muda-muda tanya haa…!

sumber : Blog Mazeer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *