Pendedahan Identiti Siapakah Sebenarnya Lelaki Ini, Yang Selalu Berada Disebelah Yusof Azmi..

 

Kini nama PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) sering menjadi tumpuan ekoran tindakan persatuan ini yang lantang mencari kebenaran apabila timbul sesuatu isu melibatkan pengguna.

Sebelum ini kecoh tentang isu kes kereta ditahan dan isu aniaya pengusaha oleh Caltex, kali ini sedang hangat pula isu skim penjualan rumah banglo murah.

Ramai yang menyokong tindakan PPIM terutama yang dilakukan oleh Yusuf Azmi.

Namun jika dilihat, ada seorang individu dengan gaya rambut tipis sering berada disisi Yusuf Azmi dalam setiap serbuan dan juga press conference.

Nama individu ini ialah abang Ali. Siapakah Ali PPIM ini?

Sebenarnya abang Ali merupakan orang kanan Yusuf Azmi dalam menerajui Unit Tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM.

Beliau banyak curahkan tenaga bersama Yusuf Azmi dalam membantu ekonomi dan berjuang menegakkan hak hak pengguna yang tertindas.

Ini kisah abang Ali dari PPIM (ditulis oleh BeritaMemey)

KISAH ABANG ALI

-Abang Ali berasal dari Ampang dan kini berumur 57 tahun.

-Beliu kini terlibat dan bertugas untuk Biro Unit Tindakan Khas PPIM.

-Ali terlibat dalam beberapa serbuan dalam membantu orang yang teraniaya seperti kes gores dan menang dan juga ke Ah Long.

-Sebelum ini Ali merupakan ahil body builder (ahli bina badan).

-Sememangnya Ali aktif dalam sukan bina badan dan pernah menjadi Mr Selangor.

-Dulu Ali akui memang pernah menyertai dan menjadi ahli gangster ketika masih muda.

-Dia terlibat sebagai ahli gangster hampir belasan tahun dan sering berada di kelab hiburan

-Ali akui ketika itu dia hanya mencari duit dan mengatakan ianya satu perkara yang tidak elok dan tidak memberi faedah.

-Beliau juga menyeru anak muda supaya jangan langsung menyertai gang gang seperti ini.

INI PENDEDAHAN YUSUF AZMI TENTANG ALI PPIM

-Yusuf Azmi mengatakan dia ada berdoa di Mekah untuk mendapat seseorang seperti Saidina Umar.

-Bercerita tentang Ali PPIM, kali pertama berjumpa Ali baru keluar dari penjara.

-Ketika berjumpa dia memakai gelang emas.

-Ali ketika itu mula insaf dan mahu berubah dan mula bekerja dengan Unit Tindakan Khas dengan gaji hanya RM1 ribu.

-Ketika mula, Ali masih lagi dengan gaya ‘ganas’ sehingga digelar harimau, dan ketika operasi dengan Ah Long Ali pernah mengamuk.

-Melihat sikap Ali yang ganas, Yusuf Azmi membawa abang Ali ke Mekah. Yusuf Azmi bercerita Ali mula berubah ketika itu.

-Kini Ali semakin sabar dan jelas kesabarannya yang tinggi ketika isu ‘towing kereta’ yang menajdi viral dulu.

Itulah pendedahan kisah hijrah individu bernama Ali PPIM ini.

Semoga PPIM teruskan perjuangan mencari kebenaran dan membantu orang yang teraniaya dengan skim penipuan yang semakin melampu ketika ini.

Hidup PPIM!!

Sumber : yobsembang.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *