2 KES ROMPAKAN TERBESAR DALAM SEJARAH MALAYSIA DAN 3 ROMPAKAN TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA

 

2 Kes Rompakan Terbesar Dalam Sejarah Malaysia
#1. Rompakan jongkong emas oleh Geng Mamak – 1994
geng mamak

Pada 31 Ogos 1994, 23 tahun yang lalu, di saat rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut hari kebangsaan Malaysia yang ke-37, satu rompakan yang menggemparkan telah berlaku di mana sejumlah jongkong emas bernilai lebih USD 3 juta (RM12.84) juta telah dilarikan oleh perompak yang digelar Geng Mamak. Apa yang lebih mengejutkan, rompakan itu berlaku di gudang kargo yang mempunyai kawalan keselamatan terbaik di Malaysia iaitu Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Ia dianggap sebagai satu rompakan yang paling berani di Malaysia.

merdeka

Tarikh itu memang sengaja dipilih kerana ketika ini, Polis Diraja Malaysia sedang sibuk dengan menguruskan persiapan keselamatan majlis hari kebangsaan yang bakal dihadiri oleh perdana menteri. Menggunakan kesempatan ini, Geng Mamak membuat satu perancangan yang sangat halus dan licin, yang diketuai oleh 5 adik beradik iaitu Mohamed Noor, Rozlan, Sharif, Yusof dan Amirudin Abu Bakar yang berasal dari Kuala Kangsar serta mempunyai darah kacukan Sri Lanka. Sama ada kebetulan atau suratan, hampir kesemua 14 penjenayah ini adalah bersaudara.

jongkong emas

Pada jam 5.00 pagi, persiapan yang dilakukan oleh PDRM tersentak akibat penerimaan berita yang sangat mengejutkan itu. Menurut Pegawai Penyiasat Azizan Anan, perkara seperti ini tidak pernah berlaku sepanjang kariernya dalam PDRM kerana kawasan yang dirompak dikawal dengan sangat ketat dan rompakan tersebut sudah tentu dirancang dengan sangat rapi dan teliti.

Ketika sampai di tempat kejadian, 3 pengawal keselamatan telah tewas dan terikat. Lebih mengejutkan, pengawal keselamatan tersebut memberitahu bahawa, penjenayah yang melakukan rompakan tersebut adalah anggota polis. Ia membuatkan Penolong Pegawai Penyiasat, Superitendan Amidon Anan, yang juga merupakan adik kepada Azizan Anan, berasa curiga dan ragu-ragu.

cctv 902

Beliau yang meminta untuk melihat rakaman CCTV, percaya bahawa mereka adalah anggota polis, namun masih ada yang tak kena. Mata Amidon yang sangat tajam melihat gerak geri perompak-perompak tersebut, dan percaya, mereka bukan anggota polis, tetapi perompak yang berpakaian seragam polis.

Rompakan terbesar ketika itu, hanya mengambil masa 20 minit sahaja bermula dari memasuki kawasan kargo hingga melenyapkan jongkong emas tersebut. Perancangan yang rapi itu termasuklah mengetahui bila masa yang sesuai untuk melakukan rompakan di mana ramai kakitangan bercuti ketika sambutan hari kebangsaan.
adik beradik anan
Amidon dan Azizan Anan
Masih tak percaya dengan kejadian itu, pihak polis tidak percaya ada kumpulan tempatan yang berani melakukan jenayah sebegitu, dan menyangkakan ianya adalah sindiket antarabangsa. Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir telah memberi komen mengenai perkara tersebut dan mempersoal kredibiliti dan ketanggungjawaban pihak berkuasa.

“Kalau jongkong emas pun boleh hilang, tak mustahil kapal terbang juga boleh hilang,” kata Tun Mahathir.

Ia memberikan satu tamparan yang sangat hebat terhadap PDRM. Ingin membaiki maruah dan nama PDRM, mereka telah menubuhkan satu unit pengintip bagi menyiasat siapa pelaku rompakan ini dan di mana mereka berada.

Selepas melakukan penyiasatan, mereka tidak menemui bukti untuk mengaitkan rompakan itu dengan mana-mana kumpulan antarabangsa, yang menyebabkan mereka berubah hala menyiasat dan mengkaji semula kes rompakan yang dilakukan di Malaysia oleh kumpulan tempatan.

pemburuan geng mama

Selepas menemubual mangsa-mangsa rompakan lalu, satu profil telah muncul, di mana wajah-wajah mereka yang kemungkinan melakukan rompakan ini, telah dikenalpasti. Disebabkan wajah mereka yang seakan-akan mamak, pihak polis menggelarkan mereka sebagai Geng Mamak.

img 20170816 100045

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Dalam masa 11 tahun iaitu dari 1995 hingga 2006, dengan kecekapan dan kegigihan PDRM memburu Geng Mamak, akhirnya kesemua 14 ahli kumpulan mereka telah berjaya diberkas.

Apa yang lebih menarik, Geng Mamak yang diketuai oleh 3 adik beradik telah berjaya ditumpaskan oleh dua penyiasat polis yang juga merupakan adik beradik, iaitu Azizan dan Amidon Anan.
#2. Rompakan mikrocip di Batu Maung – 2006
Pada November 2006, negara dikejutkan dengan kes rompakan terbesar di Malaysia yang berlaku di sebuah gudang di Kompleks Kargo Udara Kedua di Batu Maung . Rompakan itu melibatkan 20 individu yang merompak mikrocip dan komponen yang telah menyebabkan kerugian bernilai di antara RM40 hingga RM50 juta.

rompakan kompleks kargo udara kedua

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi di mana 2 buah lori kontena dipandu masuk ke zon tersebut. Lori kontena dipandu masuk melalui lorong Zon Bebas MAS tanpa berhenti untuk menjalani peperiksaan keselamatan. 4 daripada mereka berpakaian lengkap RELA termasuk bip kuning.

Sampai di gudang, 4 perompak tersebut mengumpulkan 17 pekerja yang ada di gudang tersebut. Dengan muslihat yang licik, perompak tersebut mengatakan mereka mahu menjalankan ujian air kencing bagi penyalahgunaan dadah. Pekerja-pekerja tersebut yang berasa curiga lantas meminta untuk melihat dokumen pengenalan.

Berang dengan permintaan itu, 4 perompak itu kemudiannya membuka kedua-dua lori kontena dimana 16 perompak lagi yang bertopeng dan bersenjatakan parang meluru keluar. Bagi memudahkan kerja rompakan mereka, 17 pekerja tersebut dipaksa untuk meminum cecair mengandungi klorofom. Tindakan itu membuatkan pekerja-pekerja itu muntah-muntah dan ada yang pengsan.

kontena

Pihak polis percaya bahawa ianya adalah kerja orang dalam kerana rompakan yang berlaku adalah sangt lancar dan tepat pada waktunya. Laporan mengatakan mereka sememangnya mensasarkan mikrocip dan komponen komputer itu sahaja kerana terdapat barangan berharga yang lain namun tidak diendahkan oleh perompak tersebut.

Mikrocip dan komponen tersebut di hantar dari sebuah kilang ke gudang sebanyak 3 penghantaran, sehari sebelum rompakan berlaku. Lebih menarik, rompakan tersebut berlaku kurang daripada 2 jam selepas penghantaran terakhir dibuat.

Selepas kesemua barangan rompakan dimasukkan ke dalam lori kontena, mereka kemudiannya menghancurkan kamera CCTV dan mengambil kasetnya.

Menghala keluar dari zon itu, mereka berhenti di pusat pemeriksaan dan menyerang pegawai kastam serta pemandu lori di kaunter tersebut. Mereka kemudiannya menghala ke pondok pengawal dan menghancurkan telefon bagi memberikan masa untuk mereka meloloskan diri.

5 hari selepas kejadian rompakan tersebut, pihak polis telah menemui 2 buah lori kontena yang dipercayai digunakan dalam rompakan tersebut dengan nombor pendaftaran PGG 7026 dan PGF 5806 di Nibong Tebal.

 

3 Rompakan Terbesar Dalam Sejarah Dunia
rompakan bank

Antara jenayah yang paling dianggap sebagai sesuatu yang berani adalah rompakan, terutamanya rompakan bank. Jika di Malaysia, rompakan terbesar yang berlaku adalah yang berlaku pada 31 Ogos 1994. Ya, pada Hari Kebangsaan, ketika semua orang sedang menyambut hari bersejarah ini dan pihak berkuasa PDRM ketika itu sibuk menjaga keselamatan. Rompakan itu dilakukan oleh penjenayah yang digelar Geng Mamak, dengan menyamar sebagai anggota polis, dan merompak emas yang bernilai RM12 juta, hanya dalam masa 20 minit.

rompakan

Namun, jika nak dibandingkan dengan rompakan ini, ia tidaklah setanding dengan rompakan yang berlaku satu ketika dulu yang melibatkan hasil ratusan juta, malah berbillion ringgit. iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 3 rompakan terbesar yang tercatat dalam sejarah dunia.
1. Banco Central – Ceará, Brazil : RM307 juta
banco central 1

Rompakan ini berlaku di Brazil pada hari Sabtu, 6 Ogos 2005 dan dikatakan telah dilakukan oleh hampir 25 orang, namun hanya 8 orang yang telah diberkas. Dianggarkan nilai rompakan sebanyak RM307 juta wang kertas seberat 3.5 tan yang tidak diinsuranskan dan tidak ditanda. Dirancang dengan teliti sekali, sehingga perompak-perompak tersebut berjaya meloloskan diri tanpa dikesan oleh pihak bank dan hanya disedari pihak bank pada hari bekerja, iaitu hari Isnin, 2 hari selepas rompakan berlaku. Hanya RM25.74 juta sahaja berjaya ditemukan semula oleh pihak berkuasa sehingga hujung tahun 2005.

banco central 679

Operasi rompakan yang telah dirancang 3 bulan sebelumnya, dilakukan dengan menggali satu terowong bawah tanah sepanjang 78 meter, dengan keluasan segiempat 70 sentimeter sehingga ke bawah tanah kawasan bank tersebut dengan hanya 4 meter jarak dari bawah bank. Dikatakan terowong tersebut digali dan dibina dengan baik sekali yang dilengkapi dengan pancahayaan dan pengudaraan yang sempurna.

Bagaimana mereka melakukannya? Ia seperti apa yang anda lihat di dalam filem. Mereka bermula dengan menyewa rumah di kawasan berdekatan dengan bank tersebut. Untuk tidak kelihatan curiga oleh jiran-jiran, mereka berpura-pura seperti sebuah syarikat landskap yang menjual rumput dan tumbuhan. Apabila ditanya, jiran-jiran mengatakan mereka adalah sekumpulan 6 hingga 10 orang, namun tidak mencurigai mereka apabila melihat tanah dibawa keluar dengan jumlah yang banyak kerana mengganggap ianya merupakan urusan kerja.
2. Knightsbridge Security Deposit – London, England : RM420 juta
knightsbridge security deposit

Berlaku di London, England, pada 12 July 1987, yang diterajui oleh Valerio Viccei, anak seorang peguam dari Itali. Bangunan yang dikatakan bangunan paling selamat di dunia ini telah dipecah masuk oleh perompak licik yang telah menyebabkan kehilangan wang tunai, barang kemas, jongkong emas dan barangan lain bernilai RM420 juta.

2 orang lelaki dikatakan memohon untuk telah menyewa peti deposit keselamatan di Knightsbridge Safe Deposit Centre pada hari kejadian. Selepas memujuk pengurusnya, mereka dibawa ke bilik bawah tanah yang mana mereka kemudiannya mengeluarkan pistol dan menggari dua pegawai keselamatan. 113 daripada 4,000 peti keselamatan itu telah dipecah.

Mereka kemudiannya membenarkan perompak yang lain untuk masuk dengan menggantungkan papan tanda bahawa pusat deposit itu ditutup buat sementara waktu. Namun, rompakan itu hanya disedari oleh pegawai bank yang baru sahaja menggantikan shift sebelumnya, dan terus menghubungi pihak polis.

valerio viccei

Pada 12 Ogos 1987, beberapa daripada mereka telah ditahan ketika satu serbuan selepas diawasi untuk beberapa ketika namun tidak dapat menahan ketuanya Valerio kerana beliau telah melarikan diri ke Amerika Latin. Akhirnya beliau ditahan oleh pihak berkuasa apabila kembali ke England untuk menghantar kereta Ferrari Testatossa miliknya. Kemudian beliau telah dihantar pulang ke Itali dan dipenjarakan di sana untuk baki tempoh. Valerio Viccei akhirnya mati ketika hari pembebasannya akibat daripada kejadian tembak menembak antara beliau, rakan jenayahnya dan pihak polis pada 29 April 2000.
3. Rompakan Central Bank of Iraq – Baghdad, Iraq : RM3.86 billion
saddam

Rampasan ini dianggap sebagai satu rompakan, ia juga dikhabarkan adalah “inside job” oleh Saddam Hussien. Juga sehingga kini merupakan rompakan terbesar di dunia, pada jam 4 pagi 18 Mac 2003, iaitu beberapa jam sebelum bumi Iraq dihujani dengan peluru berpandu dan bom daripada tentera Amerika Syarikat, dianggarkan sebanyak hampir RM3.86 billion (1 Billion USD) telah dikeluarkan dari Central Bank Iraq. RM480 juta daripadanya dalam matawang Euro dan selebihnya dalam bentuk wang kertas 100USD.

Apa yang berbeza untuk kali ini ialah ianya tidak memerlukan senjata api, namun hanya memerlukan sehelai nota yang ditandatangani oleh Saddam Hussein, yang diberikan kepada gabenor bank, oleh anaknya, Qusay Hussein, ketua pasukan keselamatan Iraq. Tindakan pengeluaran wang sebanyak itu dikatakan adalah sangat penting bagi mengelakkan ianya terjatuh ke tangan asing dan pencerobohan Amerika.

central bank of iraq 161

Menurut seorang pegawai bank senior yang mengetahui mengenai insiden ini, tindakan itu langsung tidak masuk akal dengan mengeluarkan wang sebanyak itu dari peti besi dan tiada siapa diberitahu ke mana wang itu akan dibawa. Namun beliau berkata, jika anda dapat perintah daripada Saddam Hussein, tiada siapa akan mempersoalkannya.

Tambahnya lagi, beliau mengetahui mengenai rampasan wang itu daripada pegawai kewangan Iraq, yang mana akhirnya diserahkan kepada anak Saddam Hussein. Tuduhan ini telah dibandingkan dengan mafia, dan dikatakan mempergunakan hubungan kekeluargaan, serta wang tersebut akan digunakan bagi melarikan diri dan kekal berkuasa.

Tuduhan itu memberikan gambaran kepada hari terakhir pemerintahan Encik Hussein – yang, dengan penekanannya pada hubungan keluarga, telah dibandingkan dengan mafia – dan mungkin petunjuk tentang bagaimana dia bertujuan untuk membiayai melarikan diri dan bertahan dari kuasa.

Sumber :

1. Wikipedia

2. IO9

3. Thrillist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *