21 tahun wanita ini menyorok separuh wajahnya, dan kini teknologi telah memulihkan dan memberi harapan baharu dalam hidupnya

Apabila mengatakan mengenai Korea Selatan, pasti akan terdetik mengenai artis idola, kumpulan idola, makanan, tempat-tempat menarik dan juga keupayaan mereka dalam pembedahan plastik.

Meskipun ramai yang memandang negatif mengenai pembedahan plastik [kata-kata seperti kecantikan yang palsu], tetapi kewujudan teknologi ini memberi harapan dan sinaran baharu kepada seseorang.

Kisah ini ialah mengenai seorang gadis bernama Tag Hee.

Tag Hee merupakan seorang yang mengalami kecacatan pada wajahnya. Dan tahun demi tahun dia terpaksa menyembunyikan separuh wajahnya daripada umum.

Pada suatu hari, Tag Hee menyertai satu rancangan TV yang membincangkan mengenai pembedahan plastik.

Dia membawa buah tangan kepada pengacara rancangan tersebut, berupa sebuah lukisan.

 

Ternyata dia seorang yang sangat berbakat. Dan secara tiba-tiba dia menitiskan air mata.

Air mata yang menjelaskan bebanan yang dia tidak sanggup lagi tanggung.

Ibu bapa Tag Hee bercerai semasa Tag Hee masih kecil. Sejak itu, ibunya seorang diri membesarkan beliau.

Dan ibunya tidak sedar bahawa anaknya menghidap sejenis penyakit kerana sibuk bekerja.

Tag Hee menghidap sejenis penyakit yang dinamakan Retinablastoma, sejenis penyakit yang melibatkan retina mata dimakan oleh bekteria.

Sakitnya bertambah parah kerana perhatian yang tidak diberi kepada matanya. Jika penyakitnya dapat dikesan pada fasa awal dan diubati, Tag Hee tidak akan hilang mata kanannya.

Hidupnya bertambah menderita kerana kehilangan yang terpaksa dia tanggung.

Masalah tersebut juga menyebabkan giginya tidak mampu tumbuh dengan baik. Dan kerana wajahnya, dia menjadi bahan ejekan walau di mana dia berada.

Topeng muka pasti akan digunakan jika dia berada di kawasan awam.

Kerana keadaan ekonomi keluarga yang tidak mengizinkan, dia menyerah dari belajar dia dalam bidang teknologi rekaan.

Malah, kerana wajahnya jugalah dia sukar mencari pekerjaan.

Setelah bertungkus-lumus mencari pekerjaan, dia menemui satu. Dia bekerja di kedai haiwan dan klien-kliennya tidak akan memandang pelik terhadap beliau.

Mereka juga suka bermain dengannya.

Dia seorang yang sangat kuat dan tabah menghidapi segalanya. Tetapi seorang ibu mengetahui bahawa anaknya sering dibuli ketika berada di luar.

Sehingga kini, ibunya berasa menyesal kerana tidak menjaga anaknya dengan sepenuh perhatian.

Mendengarkan kisah Tag Hee, doktor pembedahan plastik dalam rancangan tersebut turut menitiskan air mata.

Tag Hee mempunyai satu impian iaitu mahu melihat ibunya tersenyum melihat wajahnya.

Pihak doktor menjelaskan bahawa operasi pembedahan tidak akan membuatkan wajahnya cantik, namun sedikit-sebanyak dapat memulihkan wajahnya menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Walaupun memiliki wajah yang mereng, doktor berusaha sebaik mungkin untuk memberi harapan baru kepada Tag Hee dalam hidup.

Doktor juga memasangkan bola mata palsu kerana wajahnya yang tiada bola mata.

Tambahan pula, doktor telah memberi rawatan memulihkan wajahnya yang miring.

Di samping itu, pihak doktor telah memberi rawatan memulihkan giginya dengan menanam gigi palsu, serta memancungkan hidung Tag Hee.

Dia kini kelihatan seperti orang yang berbeza.

Ibunya tersenyum melihat hasil pembedahan plastik yang pastinya memberi sebuah kehidupan baharu dan lebih bermakna kepada anaknya.

Kecantikannya terserlah dengan penampilan dan wajah yang serba baharu.

Teknologi pembedahan plastik yang dikatakan satu keburukan memberi sebuah kebaikan kepada seorang manusia yang betul-betul memerlukan.

Dia merupakan seorang wanita yang berhati kental. Terpaksa menanggung ejekan dan bulian dari orang sekeliling, namun tabah menghadapinya.

Sebagai manusia, kita perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Lagipun, hormat ialah perkara yang kita inginkan orang lakukan kepada kita.

Dan jangan lupa untuk menghargai seseorang dalam apa keadaan sekalipun.

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *