Kematian ayah 3 beradik ini bakal terbela.. 3 Pembunuh kejam di dakwa (8 Gambar)

Kematian ayah 3 beradik ini bakal terbela.. 3 Pembunuh kejam di dakwa (8 Gambar) – Kota Bharu : Sebak melihat wajah 3 anak-anak arwah mereka masih tidak mengeri apa-apa hanya sebutan mengungkapkan mana ayah .. mana ayah, mereka masih tidak mengerti ayah nya telah dijemput ilahi.

Pergi dengan sungguh tragis akibat perlaku manusia merangkap  rakan setugas yang bersikap amat kejam tanpa perikemanusiaan

“Setiap hari saya berdoa semoga mereka yang menyebabkan kematian suami saya dikenakan hukuman setimpal,” kata Noor Bazlin Mohammad, 28.

Kematian ayah 3 beradik ini bakal terbela.. 3 Pembunuh kejam di dakwa (8 Gambar)

Noor Bazlin ialah isteri kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, yang meninggal dunia pada 29 September lalu akibat didera.

Beliau berkata, hatinya kini semakin lega selepas melihat individu berkenaan dihadapkan ke mahkamah.

“Walaupun mereka belum dikenakan hukuman, sekurang-kurangnya saya melihat individu yang menyebabkan kematian suami saya didakwa.

Kematian ayah 3 beradik ini bakal terbela.. 3 Pembunuh kejam di dakwa (8 Gambar)

“Apa yang saya harapkan, mereka menerima balasan setimpal kerana tindakan zalim itu menyebabkan saya kehilangan suami dan tiga anak saya hilang ayah,” katanya ketika dihubungi.

Noor Bazlin berkata, dia sentiasa mengikuti perkembangan kes membabitkan arwah suaminya itu walaupun setiap kali melihat dan mendengar berita itu, hatinya sedih.

“Sehingga hari ini, anak sulung saya, Nik Adam Mikail yang berusia empat tahun bertanyakan mana ayahnya apabila melihat gambar arwah di telefon bimbit.

“Lebih sedih, setiap kali saya menangis di hadapan Nik Adam Mikail, dia turut menangis sama. Saya akan menghadapi kehidupan baru ini dengan semangat yang kuat dan tidak akan menangis di hadapan anak bagi menjaga emosi mereka,” katanya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Dua lagi anggota TLDM iaitu Laskar Kanan Hamzah Zakaria, 35, dan Laskar Kanan Mohd Farid Musa, 32, didakwa kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap kedua-dua mangsa mengikut Seksyen Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – beritasayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *