Pernah Dipanggil Gila Selepas Tengok Emak Digilis Lori, Kisah Sedih Gadis Ini Meruntun Jiwa Netizen

 

Hidup ini penuh dengan liku-liku kehidupan yang mencabar. Lain orang lain pula cabaran dan dugaan yang menimpa. Namun, itulah yang dinamakan takdir.

Luahan seorang gadis yang dikenali sebagai El amat meruntun jiwa sesiapa yang membacanya. Kehilangan ibu bapa dari kecil mengajar gadis tersebut erti kehidupan. Kisahnya seperti dalam drama namun ini adalah realiti hidup yang perlu ditempuhinya.

‘Ibu Bapa Meninggal 17 Tahun Lepas’

Orang tua pergi menjala, menjala sambil mata tertutup.
Dulu anakmu dianggap gila, kini mampu teruskan hidup.

Terima kasih Mama, Ayah

Alright, itu memang kedua ibu bapa kandung saya. Mama dan Ayah saya. They passed away few years ago. Mama meninggal 17 tahun lepas. Kami kemalangan jalan raya pada 28hb Ogos 2000. Ayah pula meninggal pada 22 Jun tahun 2006. I was 10 and saya anak tunggal. Cuma ada seorang kakak tiri (anak mama dengan suami pertama, manakala saya anak mama dengan suami kedua). lepas 4 bulan..

Pakcik saya hantar saya ke rumah anak yatim di Ampangan, Seremban. Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan menjadi rumah baru untuk saya tinggal. Pakcik saya janji untuk ambil saya balik bila saya cecah umur 12 tahun. Saya tunggu. Tapi, saya jadi penunggu. Tahun pertama, kedua dan akhirnya saya mula biasa tak pulang ke kampung. Saya tinggal je dekat orphanage tu even kawan kawan lain balik bercuti. Alhamdulillah Allah.

Owner orphanage tu pun kami panggil Mama Ayah. Mula mula saya tak biasa. Hampir toreh tangan saya sendiri sebab tertekan. Saya rindu mereka. Saya tiada sesiapa di Seremban. Keluarga kakak tiri pun dah mula jarang lawat saya. Bila saya call, baru diorang datang dan ambik saya. Saya ada parut didagu. Waktu saya sekolah rendah, kawan kawan ejek saya. Kata saya miskin, busuk. Waktu tu, ayah pun dah tak ada.


‘Doktor Kata Saya Berhalunisasi, Kawan Panggil Gila’

Ada masa saya tertidur dekat luar rumah sebab kakak tiri saya keluar dengan suami dan anak dia. Tapi lepas saya masuk rumah anak yatim, tak lagi. Saya dipanggil gila. Sebab apa?

1. Lepas seminggu Ayah meninggal, saya terlupa tu. saya tunggu Ayah hari2 jemput saya balik dari sekolah.

2. Setiap kali saya nak main dengan kawan kawan, saya akan kerumah diorang berjalan kaki seorang diri, lintas jalan, dan hampir dilanggar.

3. Disebabkan takut dengan budak kampung yang nakal, saya akan bagi diorang guna basikal saya, pukul saya. sebab ayah takda nak backup.

4. Saya dipanggil gila, depan muka sebab waktu ambik result UPSR, saya terus ke public phone. Nak dial number penjaga, terdial number Ayah. Kena gelak dengan kawan kawan masa tu. Apa boleh buat daaa. Saya excited dapat 2A masa tu. Subjek Sains pulak tu.

5. Ada doktor kata saya berhalusinasi tentang kemalangan keluarga saya. Iya. Waktu kemalangan, saya hanya berumur 4 tahun. Memang kecik.

‘Kami Dilanggar, Mama Digilis Lori’

Kami kemalangan waktu malam. Saya saja saksi yang dapat menyaksikan macam mana keadaan masa tu. KAMI DILANGGAR, MAMA DIGILIS. Mama dilanggar 2 kali. yang pertama, kereta. Yang kedua, lori. Hanya Allah tahu apa yang telah Dia rancangkan untuk saya. Saya terdiam. Mungkin kanak kanak sebaya saya juga takkan mampu menipu kan? tapi sayang. polis tak terima keterangan saya. mereka kata saya berhalusinasi.

Saya dengan Mama sebelum kemalangan and saya selepas kemalangan. Dagu dan mulut saya terkoyak, dapat 20 jahitan. Itulah gambar last kami. Okay. setakat tu je saya dapat kongsi soal kemalangan kami. and, Ayah pula meninggal masa saya darjah 4. Dia sakit. Dia jatuh dlm bilik air. Dan sejak Mama Ayah meninggal, setiap tarikh istimewa, saya akan sambut dengan mereka. Hari Ibu/Bapa dan hari lahir saya sendiri.

Saya ada banyak yang ingin saya kongsikan. Tapi saya kena tidur dulu. Terima kasih semua. Saya doakan awak semua diberkati Allah SWT. And yes, mereka masih kata saya gila sebab saya akan bergambar di pusara bersama Mama Ayah. maaf tapi itu saja yang saya ada. Pesan saya, apa saja yang terjadi, sekalipun nyawa awak jadi ganti, kemana saja awak pergi, awak akan bawa nama ibu ayah sehingga mati.

‘Bayar Duit Pengajian Dengan Simpanan Dari Rumah Anak Yatim’

My studies. how can saya study for diploma after Mama Ayah meninggal?

1. My savings.
Simpanan saya di orphanage selama 7tahun, jadi bekal. Tapi, simpanan saya pun tak cukup. hanya bertahan sampai saya semester 3. sebab? barang art bukan murah. serba serbi saya beli sendiri. Termasuk barangan mandian, belanja harian. Ada masa saya akan keluar dengan kawan, beli barang dekat luar. Juga duit simpanan saya.

2. PTPTN.

Pinjaman PTPTN saya hanya dapat rm1k untuk satu semester. saya akan beli barang2 art dulu, dan selebihnya belanja saya. Start semester 4,5 duit belanja saya hanya dari baki duit PT. bulan pertama dan kedua saya okay. masuk bulan ketiga, saya ‘puasa’. Adakala, saya tak makan nasi hampir seminggu. kadang2 lupa bila last makan nasi. tapi kawan2 saya ada, diorang belanja. alhamdulillah.

Pakcik saya, sepupu saya, kawan2 termasuk pensyarah sendiri bagi saya belanja untuk makan setiap kali diorang perasan saya tak bermaya.Tapi tak selalu. sebab start semester 5, saya dapat bilik and tinggal sorang. jadi, saya akan makan maggie dan biskut saja dlm bilik. Kamar 2414, tertulis perjalanan pengajian saya sepanjang Semester 5 (Final Year) di UiTM Lendu. Terima kasih.

Sumber : eraviral.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *