KECOH! Nelayan Menemui “Bidadari Laut”, Rupanya Hanya “Pemuas Nafsu”

Suatu ketika dahulu, media sosial pernah dikejutkan tentang kehadiran “bidadari laut” yang ditemui oleh seorang nelayan berusia 21 tahun dari kampung terpencil di Indonesia.

“Bidadari Laut” itu ditemui terapung di laut pada 19 April 2016 dan nelayan tersebut mendakwa ia adalah anugerah Tuhan dari syurga.

Nelayan tersebut kemudian menyelamatkan dan membawa ‘bidadari’ itu pulang ke kampung yang terletak di Kalupapi.

Difahamkan, keluarga nelayan dan penduduk kampung melayan ‘bidadari’ tersebut seperti manusia dengan memakaikan pakaian serta hijab setiap hari.

Malah, ada yang menokok tambahkan cerita penemuan tersebut yang mendakwa ‘bidadari’ itu ditemui terdampar dan menangis.

Berita penemuan yang tular itu kemudian mendapat perhatian daripada pihak polis tempatan.

Setelah menjalankan siasatan, pihak polis mengesahkan bahawa patung yang didakwa ‘bidadari’ itu hanyalah sebuah patung pemuas nafsu seks.

Polis yang menjalankan siasatan terhadap ‘bidadari’ tersebut.

“Kami membuat pemeriksaan dan mendapati ia sebenarnya adalah patung seks,” kata Ketua Polis tempatan, Heru Pramukarno seperti dipetik dari media antarabangsa.

Heru berkata, polis mengambil patung berkenaan bagi mengelakkan kontroversi yang lebih buruk.

 

Sumber KotakViral