Bukan satu tetapi lima! Petani mendakwa melihat kelibat ‘Bigfoot’ di ladang dan ceritanya sama dengan saksi yang lain

Bukan satu tetapi lima! Petani mendakwa melihat kelibat ‘Bigfoot’ di ladang dan ceritanya sama dengan saksi yang lainDalam masa lima tahun, dilaporkan terdapat beberapa cerita dari penduduk di ladang sekitar East Fresno County, California, Amerika Syarikat yang melihat kelibat ‘Bigfoot’.

Cerita terbaru dari seorang petani yang mendakwa telah melihat bukan satu tetapi lima ‘Bigfoot’ di kawasan ladangnya. Ini menambah lagi bukti bahawa kawasan ladang di wilayah tersebut telah menjadi rumah kepada keluarga ‘Bigfoot’.

Seorang petani bernama Keith telah melihat satu kelibat seperti orang yang besar dan mencurigakan di ladang lemonnya berdekatan Tasik Avocado di East Fresno County.

Kredit: ©YouTube Screenshot | Paranormal Central

Keith berkata, beliau menjerit sambil berkata kepada orang itu, “Beritahu siapa kamu. Apa yang kamu buat di sini? Apa yang kamu buat di atas ladang saya?”. Orang itu hanya diam, tidak menjawab dan berkata apa-apa.

Keith telah memberitahu apa yang dilihatnya kepada Jeffrey Gonzalez, hos rancangan Paranormal Central  yang merupakan pakar dalam bidang paranormal.

Ketika kejadian, Keith sedang memandu di ladangnya pada satu malam yang telah lewat.

Kredit: ©YouTube Screenshot | Paranormal Central

Tiba-tiba beliau terlihat satu pergerakan yang mencurigakan di ladangnya. Katanya, “Saya perasan di sebelah kiri saya, terdapat satu pergerakan melalui di salah satu trak yang berada di ladang.”

Keith telah memberhentikan traknya lalu mencapai teropong dan telah melihat satu kepala yang timbul. Lalu Keith telah menjerit kepada orang itu, “Hei kawan, kamu buat apa di situ? Saya boleh nampak kamu di bawah sana. Saya ada teropong. Saya boleh nampak kamu. Kamu siapa?”

Dengan rasa gelisah, Keith telah melihat satu lagi kepala telah muncul dan kedua mereka telah melihat kepadanya.

Kredit: ©YouTube Screenshot | Paranormal Central

Pada masa ini, Keith berasa yakin yang mereka adalah penceroboh. Penceroboh manusia.

Keith telah mengeluarkan pistolnya dan menjerit kepada orang tersebut , “Siapa kamu? Lebih baik kamu keluar. Kalau tidak saya akan tembak!”

Kredit: ©YouTube Screenshot | Paranormal Central

Jeritan dan pertanyaan Keith itu tiada tindakbalas lalu Keith telah melepaskan tembakan sebanyak dua kali dan mereka telah lari bertempiaran. Tetapi Keith tidak berhenti di situ.

Beliau mengenali arah jalan yang mereka tujui dan pergi ke arah jalan tersebut dengan jalan pintas. Lalu, Keith bergegas naik ke traknya dan memandu ke arah bukit di ladang tersebut.

Keith berharap untuk sampai dahulu dan menunggu mereka di atas bukit itu dan mahu melihat siapa gerangan mereka yang telah menceroboh masuk ke ladangnya.

Apabila Keith telah sampai di atas bukit itu dan memberhentikan traknya, beliau mendakwa melihat lima orang berbadan besar yang berlari di hadapan lampu depan traknya.

Kredit: ©YouTube Screenshot | Paranormal Central

Jelas Keith, “Saya memandu menaiki bukit itu apabila tiba-tiba lima orang berbadan besar, atau benda yang saya tidak tahu, telah berlari di hadapan lampu depan trak saya. Betul-betul di hadapan saya.”

Lima orang berbadan besar yang berlari dari ladangnya itu dipercayai adalah satu keluarga ‘Bigfoot’.

Keith juga mendakwa salah seorang dari mereka telah berlari dengan memikul seekor khinzir.

Kredit: ©YouTube Screenshot | Paranormal Central

Keith berkata, “Salah seorang yang sangat tinggi, memikul seekor khinzir di bahunya. Dan kerana terkejut kelima mereka telah lari bertempiaran ke arah yang berbeza dan seorang ini yang memikul khinzir tidak melihat terdapat paip pengairan di hadapannya lalu tersadung dan terjatuh dengan khinzir itu telah melantun ke hadapan.”

Keith melihat kejadian ini sehingga mereka pergi ke satu jarak yang jauh dengan arah yang berbeza dan mereka hilang dari pandangan. Malangnya, Keith tidak merakamkan kejadian itu.

Ketih tidak menyatakan yang orang besar itu adalah ‘Bigfoot’ tetapi dia telah berkata kepada Jeffrey Gonzalez, “Saya telah melihat lima atau enam badan besar berbentuk manusia atau orang atau apa sahaja… Saya tidak dapat memberitahu apa ia dengan melihat melalui teropong saya.”

Ini bukan kali pertama seorang saksi melihat kelibat ‘Bigfoot’ di East Fresno County.

Kredit: ©Video Screenshot | Fox26

Dalam rancangan Paranormal Central, Jeffrey Gonzalez telah memberitahu dalam masa lima tahun, terdapat dua laporan dari penduduk di sekitar kawasan tersebut yang melihat ‘Bigfoot’.

Kredit: ©Facebook | Jeffrey Gonzalez

Jeffrey berkata, seorang wanita telah memberitahunya bahawa dua orang anak lelakinya telah melihat kelibat orang besar seperti haiwan yang misteri di dalam ladang mereka pada satu petang. Beberapa tahun kemudian, di ladang yang sama, seorang lelaki telah melihat kelibat orang berbadan besar dan berbulu dari rumahnya.

Selepas melakukan ekspedisi mencari ‘Bigfoot’ beberapa tahun yang lepas, Jeffrey sendiri telah menemui jejak ‘Bigfoot’ di atas keretanya.

Melalui ujian yang dilakukan oleh pakar DNA, jejak itu hampir sama dengan jejak gorila.

Kredit: ©Facebook | Jeffrey Gonzalez

Kata Jeffrey, “Apa yang pelik dari tiga orang ini, dari tiga keluarga yang tidak mengenali satu sama lain, dengan jarak kedudukan lokasi mereka di antara 2 ke 3 batu, mereka telah datang dan memberitahu saya apa yang mereka telah saksikan dan cerita mereka adalah sama.”

Kredit: ©YouTube Screenshot | Paranormal Central

Tambahnya lagi, “Saya percaya ramai lagi orang di kawasan ini yang melihat satu kelibat orang besar yang aneh tetapi tidak mahu melaporkan. Mereka tidak mahu keluar dan memberitahu orang lain. Mereka tidak mahu dituduh mengarut  dan akan ditertawakan.”

Misteri yang menyelubungi ‘Bigfoot’ telah lama diperkatakan sejak ratusan tahun dahulu. ‘Bigfoot’ yang juga dikenali sebagai orang mawas dikatakan sangat tinggi dan berbulu dengan ketinggian mencapai 2 hingga 3 meter dan berat sehingga 222 kilogram.

Gergasi seperti makhluk mawas ini mempunyai tapak kaki sepanjang 43 sentimeter dan dipercayai berada di dalam hutan yang terletak di barat laut Pasifik di Amerika Syarikat.

Lihat video dibawah.

Sumber : Era Baru