Anak Harris Baba Melecur Tahap 2 Di Muka & Tangan!

 

Malang tidak berbau apabila anak kepada penyanyi Harris Baba, Aleena Zeya ditimpa penutup lampu panas yang menyebabkan muka dan tangannya melecur.

Isteri Harris, Nik Naziha Zawawi, menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya kira-kira jam 3 petang tadi memberitahu kejadian tersebut berlaku di butik jenama antarabangsa, Louis Vuitton di pusat membeli belah The Gardens, semalam (Ahad).

Usia 5 Bulan, Berat Anak Harris Baba Dah 10kg

Image result for foto anak haris baba 2017

Nik Naziha turut meluahkan rasa sedih dan ralat kerana anaknya menjadi mangsa kecuaian pihak lain.

Menurut Nik Naziha, Aleena mengalami melecur tahap dua di kedua-dua belah tangan dan bahagian muka.

Bagaimanapun, dia dan suami bersyukur penutup lampu tersebut tidak terkena pada bahagian mata yang mungkin boleh menyebabkan Aleena buta.

Serentak dengan itu, Harris juga turut memuat naik entri yang sama di laman sosial IGnya.

Mereka juga telah membuat laporan polis dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap butik tersebut.


Foto: Instagram @harrisbaba / @_j3a

Sumber : http://www.gempak.com/artikel/7168/ditimpa-penutup-lampu-siling-anak-harris-baba-melecur-tahap-2-di-muka-tangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *