Sekumpulan pendaki menemui satu penemuan di atas bukit yang mengagumkan dan mengerikan pada masa yang sama

 

Orang kata, jauh pemandangan luas pengetahuan. Jadi, dengan melakukan pengembaraan ke merata tempat sambil belajar pelbagai perkara baru, anda bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri tetapi juga pengetahuan serta pengalaman.

Terdapat pelbagai negara dengan pelbagai iklim, pelbagai lapisan masyarakat yang menjadi rumah kepada kepelbagaian budaya, membuatkan anda pasti tidak akan lokek dengan pilihan negara untuk dijelajahi.

Malah, anda mungkin akan menghabiskan sepanjang hidup dengan mengembara ke seluruh dunia yang penuh dengan keindahan tersembunyi.

Sekumpulan pendaki di Peru telah mengembara ke kawasan bukit dan berjaya merakamkan satu ukiran patung yang sangat unik dan mempunyai makna tersendiri.

Kredit: Hanumann

Patung ini dikenali sebagai sarcophagi atau keranda batu. Dengan ketinggian 2.5 meter dan terdapat ukiran tengkorak atau tanduk pada bahagian kepala, masyarakat tempatan menggelar ukiran ini sebagai ‘Purunmachos’ manakala gelaran bagi seluruh tapak tersebut adalah ‘Krajina’. Tapak ini merupakan makam lelaki bijak pandai pada zaman dahulu kala.

Kredit: C-Monster

Pertama kali ditemui oleh Federico Kauffmann iaitu seorang ahli arkeologi, tapak bersejarah ini dipercayai telah berusia 600 tahun ketika Federico menemuinya sekitar tahun 1984.

Kredit: C-Monster

Dahulunya, terdapat lapan sarchopagi tetapi dua daripadanya telah mengalami kemusnahan yang berpunca daripada alam semulajadi dan berkemungkinan besar keranda batu yang lain juga akan musnah dimamah bumi.

Kredit: JF

Ukiran keranda batu ini begitu mempesonakan dan juga agak mengerikan.

Sumber : Era Baru