[Video] Akhirnya Setelah 9 Tahun Misteri Kehilangan Lelaki Ini Telah Terungkai! Bagaimana Lelaki Itu Ditemui Amat Membingungkan!

 

Kehilangan seorang lelaki tanpa jejak secara tiba-tiba adalah sesuatu yang misteri dan aneh. David Lee Niles, 76, dilaporkan hilang secara tiba-tiba pada satu hari bersama keretanya tanpa meninggalkan sebarang petanda atau jejak. Namun begitu siapa sangka dia akhirnya ditemui semula selepas sembilan tahun oleh seorang lelaki di dalam sebuah kolam.

Pada malam 11 Oktober 2006, Niles telah menghabiskan waktu petangnya di sebuah pub tempatan, Jake’s Bar, di Byron Center, Michigan. Tidak lama kemudian dia dikatakan telah meninggalkan pub tersebut secara tiba-tiba. Lelaki tua itu juga dilaporkan menghidapi kanser ketika itu.

Itulah detik terakhir dia dilihat oleh orang ramai. Tiada lagi kelibat atau berita mengenainya selepas itu.

© YouTube | GeoBeats News

Sembilan tahun selepas kehilangan Niles, seorang lelaki bernama Brian Houseman yang sedang menghias pokok Krismas di luar Cook Funeral Home di Byron Centre dikatakan terlihat sebuah objek di dalam kolam berdekatan yang kelihatan seperti sebuah kereta.

Apa yang lebih menarik ialah objek berupa kereta tersebut yang terendam di dalam kolam itu sebenarnya dapat dilihat dengan jelas dari imej satelit peta Google.

© YouTube | WOOD TV8

Houseman memberitahu WOOD-TV, bahawa dia ternampak sebuah objek seperti kereta di dalam kolam yang terletak kurang dari satu batu di mana Houseman berada. Keadaan airnya yang agak keruh menyebabkan kereta itu tidak begitu jelas dan tiada siapa yang dapat melihatnya sebelum ini.

Pihak polis bergegas ke tempat kejadian setelah dihubungi oleh Houseman. Kereta tersebut dikeluarkan dari kolam dalam keadaan berkarat, berlumpur dan penuh dengan air. Selain itu, sisa-sisa mayat Niles yang masih ada juga ditemui di dalam kereta tersebut.

Keluarga dan sanak keluarga Niles kemudian berkumpul di tempat keretanya ditemui. Menantunya, Scott Hathaway berkata, “Bagi kami hari ini adalah hari berakhirnya sebuah pencarian yang panjang. Saya tidak tahu mengapa Tuhan menunggu selama sembilan tahun, tetapi kami gembira. Dia akhirnya disemadikan di tempat yang sepatutnya. “

© YouTube| WOOD TV8

Polis mengambil dompet Niles untuk membuat pengecaman. Menurut keluarganya: “Davie Lee Niles, 72 tahun, berasal dari Wyoming, telah meninggal dan hanya Tuhan yang tahu mengenai masa dan tempat kematiannya.”

Pelbagai persoalan tentang kehilangan Niles akhirnya terjawab. Penemuan tersebut telah memberi kelegaan kepada semua orang terutamanya keluarga Niles.

Sumber :Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *