ALLAHUAKBAR! Wanita tua 76 tahun ini tinggal seorang diri bersama bau najlis tahi, namun dengan kuasa Allah S.W.T tiba-tiba satu keajaiban berlaku kepadanya, lihat 2 foto seterusnya

Sebaik sahaja pintu pondok usang itu dibuka, rongga hidung mula dipenuhi bau najis yang memenuhi kediaman pasangan warga emas yang kelihatan tidak terurus.

ALLAHUAKBAR! Wanita tua 76 tahun ini tinggal seorang diri bersama bau najlis tahi, namun dengan kuasa Allah S.W.T tiba-tiba satu keajaiban berlaku kepadanya, lihat 2 foto seterusnya

“Bang..oo..bang,” panggil wanita tua itu yang menyangka suaminya telah pulang.

Lebih menyayat hati apabila wanita tua yang dikenali sebagai Samini Subryono mengikut sijil nikahnya, tidak mengetahui suaminya Ahmad Jumadi sudah seminggu meninggal dunia.

Wanita berusia 76 tahun itu kelihatan sangat uzur, tidak mampu bergerak dan matanya rabun kronik menyukarkan untuk mengecam tetamu yang datang.

Menurut Timbalan Presiden Skuad Kasih Malaysia, Khairul Khuzaini Zamsani, dia telah menemui makcik tersebut pada Jumaat lalu selepas berjumpa dengan seorang pengusaha kolam pancing yang mengatakan ada seorang makcik terbiar menumpang di rumahnya.

“Saya ikut dan saya lihat makcik itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan dipenuhi najis dan sebagainya.

“Saya menelefon pasukan saya dan esoknya kami hadir, mandikan makcik itu dan bersihkan kawasannya.

“Kita telah hubungi pihak-pihak yang berkaitan memohon untuk membantu makcik ini, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu sendiri,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di sini.

Kata Khairul, tiada ada sesiapa yang sanggup untuk menguruskan wanita itu kerana masalah bau najis tetapi tuan tanah tetap memberi makan dan menjaganya juga.

“Makcik ini juga diberi makan dalam keadaan ala kadar dan tidak ada yang hendak uruskan kerana masalah bau najis, tiada siapa yang sanggup,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat kesukaran daripada pihak tertentu untuk menguruskan warga emas itu kerana dia tidak mempunyai dokumen peribadi.

Menurut Khairul, hari ini pihaknya telah membuat keputusan untuk menghantar wanita tersebut ke sebuah Pusat Penjagaan Warga Emas Insyirah di Bangi.

Jelasnya, ia bagi memudahkan pihaknya menyelenggara kerana masing-masing mempunyai komitmen lain.

“Kita ada hubungan dengan Lembaga Zakat Selangor dan mereka telah datang untuk buat tinjauan untuk salurkan sumbangan mana yang perlu.

“Belum ada sebarang keputusan setakat ini tetapi mereka akan bawa perkara ini ke ibu pejabat untuk diputuskan,” katanya.

Sementara itu, kata Khairul, jenazah suami wanita itu masih lagi berada di Hospital Ampuan Rahimah Klang dan tidak dapat dikebumikan meskipun sudah tujuh hari meninggal dunia disebabkan tidak mempunyai identiti pengenalan diri yang sah.

ALLAHUAKBAR! Wanita tua 76 tahun ini tinggal seorang diri bersama bau najlis tahi, namun dengan kuasa Allah S.W.T tiba-tiba satu keajaiban berlaku kepadanya, lihat 2 foto seterusnya
Suami makcik sudah meninggal dan pihak hospital tidak membenarkan jenazah itu dibawa keluar sehingga hari ini kecuali mempunyai dokumen atau ada waris menuntut.

“Kita sedia maklum waris tiada di sini, mereka hanya tinggal berdua,” ujarnya.

 

kasih_sayang_ibuDalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.

Tetapi ada juga anak-anak yang lupa daratan, mereka ini adalah tergolong dari anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka. Sikap mereka yang kasar sering membuat hati ibu bapa mereka terluka dan terguris.

Anak-anak yang engkar terhadap ibu bapanya adalah anak-anak yang tidak mahu berbuat bakti terhadap ibu bapa mereka. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak pernah ingat bahawa kalau tidak kerana ibu bapa mereka, mereka tidak akan lahir di dunia ini.

Oleh itu anda harus ingat kalau tidak kerana ibu bapa anda tidak akan mengecapi hidup yang senang lenang, seperti yang anda hadapi sekarang ini. Kalau tidak kerana penat jerihnya anda tidak akan menjadi manusia yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi.

Tidak guna anda berilmu setinggi langit, jika anda tidak dapat membahagiakan ibu bapa anda sebagaimana dia membahagiakan anda semasa anda memerlukan perlindungan darinya.

Sebenarnya ibu bapa itu bukan mahu disanjung-sanjung setinggi langit atau didukung sebagaimana dia mendukung anda semasa kecil atau disuap nasi ke mulutnya, sebagaimana dia menyuapkan anda semasa kecil lagi. Tetapi sudah cukup anda menghormatinya dengan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap dirinya ketika mereka memerlukan.

Ibu bapa memang mudah berkecil hati jika anda mengeluarkan kata-kata yang kasar terhadapnya, oleh itu jagalah lidah anda jangan sampai terlanjur berkata kasar terhadapnya. Berlemah lembutlah terhadap mereka, walaupun anda tidak setuju dengan sikap mereka. Berunding dengan baik dalam suasana yang jernih akan dapat satu penelitian yang jujur terhadap apa yang dimusykillan.

Jangan anda tidak setuju terhadap ibu bapa anda terus berkeras dan membentak-bentak, ini durhaka namanya. Anak durhaka tidak akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Oleh yang demikian, waspadalah terhadap tindak- tanduk dan tingkah laku anda untuk menjaga hati orang tua anda.

Lantaran jasa orang tua anda tidak akan dapat anda balas, walau sebanyak mana anda memberi perhatian terhadap mereka. Pengorbanan mereka terlalu besar terhadap anda. Mengapa anda tidak boleh memberi kelapangan kepadanya ? Jika rezaki anda melimpah ruah, anda jangan bakhil membiayainya sedapat mungkin yang boleh. Kerana kekayaan atau rezaki yang anda perolehi itu adalah hasil usahanya juga untuk memberi anda hidup dan berilmu.

Kawallah diri anda untuk menjadi insan yang berguna dan tidak durhaka kepada orang tua anda. Jika tidak kerana mereka anda tidak akan bernafas serta ketawa untuk hari ini. Jika anda membelakangi orang tua bererti anda membelakangi apa yang disuruh oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Bahawasanya Allah mengharamkan ke atas kamu semua menderhakai ibu dan menanam hidup anak-anak perempuan, sebagaimana Tuhan mencegahmu untuk menahan pemberian yang perlu diberikan dan Allah tidak menyukai kata-kata yang sia-sia dan membanyakkan pertanyaan dan menyia-yiakan harta.” – Riwayat Bukhari.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW lagi yang diriwayatkan oleh Thabrani yang bermaksud :

“Tiga perkara tiada bermanfaat, lagi bersertanya sesuatu pun iaitu menyengutui Allah SWT dengan sesuatu, mendurhakai ibu bapa dan lari dari medan pertempuran.”

Sabda Rasulullah SAW di atas jelas membuktikan bahawa menderhakai ibu bapa adalah amalan yang dimurkai oleh Allah SWT. Allah tidak akan merestui anak-anak yang derhaka. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Thabrani :

“Dua kejahatan yang dibalas oleh Allah di dunia ini iaitu zina dan derhaka kepada ibu bapa.”

Oleh itu, jika anda mendurhakai ibu bapa, anda telah melakukan maksiat besar yang merupakan dosa besar. Anak yang menderhakai ibu bapanya akan ditolak segala amalannya selagi anak itu tidak meminta ampun dan keredhaan dari ibu bapa mereka.

Anak-anak yang durhaka akan menerima hukuman yang setimpal dari Allah sejak mereka di dunia lagi, mereka hilang kemerdekaan hati dan rasa bersalah sering menghantui mereka. Dan di akhirat juga mereka akan mendapat hukuman yang setimpal. Kerana mereka yang mendurhakai kepada ibu bapa akan dibangkitkan semula di akhirat menyerupai kaldai

Sumber : ereviral.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *