Sekitar gambar awek awek cun yg ke stadium pada perlawanan JDT melawan KEDAH semalam di stadium shah alam. Ha mana satu pilihan korang? Yg last tu memang selalu ke stadium ke?

 

Kejayaan itu sekali gus melengkapkan koleksi keseluruhan trofi domestik buat skuad Harimau Selatan.

Selain itu, ia juga merupakan trofi Piala Malaysia sulung buat juara empat kali berturut-turut Liga Super itu apabila kali terakhir membuat penampilan di pentas final pada 2014, namun tewas kepada Pahang.

Dalam aksi itu, kapten pasukan, Safiq Rahim menjadi watak penting buat jaringan pertama JDT selepas sepakan penjurunya berjaya dimanfaatkan oleh pemain pertahanan Harimau Selatan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mudah menanduk bola masuk ke gawang Kedah seawal minit kedua permainan.

Skuad kendalian Ulisses Morais hampir menggandakan kedudukan menerusi Gabriel Guerra tetapi percubaan tepat penyerang JDT itu berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang skuad Helang Merah, Mohd. Ifwat Akmal Che Kassim pada minit ke-21.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, pasukan bimbingan Mohd. Nidzam Adzha Yusoff hampir berjaya menemui jaringan penyamaan tetapi rembatan pemain tengah, Baddrol Baktiar terkena palang pada minit ke-55.

Sebaliknya, Gonzalo Cabrera pula yang meletakkan JDT berada dalam kedudukan lebih selesa apabila meledak gol kedua Harimau Selatan selepas bijak memanfaatkan hantaran daripada Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-63.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Helang Merah yang terdesak mencari dua gol penyamaan cuba mengatur serangan, tetapi keputusan 0-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Apa yang pasti, Kedah terlepas habuan lumayan berjumlah RM50,000 seperti dijanjikan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah jika berjaya mengekalkan Piala Malaysia pada musim ini.

Ini Dia Sekitar gambar awek awek cun yg ke stadium pada perlawanan JDT melawan KEDAH semalam di stadium shah alam. Ha mana satu pilihan korang? Yg last tu memang selalu ke stadium ke?

JURULATIH Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Ulisses Morais mendedikasikan kejuaraan Piala Malaysia kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan seluruh penyokong setia skuad Harimau Selatan.

Morais menjelaskan, TMJ dan penyokong berhak untuk mendapat hadiah piala berprestij itu selepas usaha dan sokongan padu yang diberikan hingga Johor DT berjaya mencipta pelbagai kejuaraan.

“Saya amat gembira. Tahniah kepada barisan kejurulatihan dan semua pemain kerana tanpa mereka, kami tidak akan berjaya.

“Bagi saya ini hadiah untuk bos saya, TMJ dan juga penyokong kerana mereka juga kami berada di final dan menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama, malam ini,” kata Morais pada sidang media selepas perlawanan, sebentar tadi.


SAFIQ Rahim dan Jurulatih Johor DT Morais meraikan kemenangan bersama penyokong setelah menewaskan Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam. -Foto ASYRAF HAMZAH

Dalam aksi di Stadium Shah Alam sebentar tadi, Johor DT tidak menunggu lama untuk berada di depan hasil jaringan Aidil Zafuan Radzak yang menanduk masuk sepakan penjuru Safiq Rahim pada minit ketiga.

Gonzalo Cabrera kemudian menambah gol kedua apabila menyudahkan hantaran Hazwan Bakri pada minit ke-63 untuk mengesahkan kejuaraan buat skuad Harimau Selatan.

Kemenangan menyaksikan Johor DT mencipta sejarah baru kelab itu apabila menjulang Piala Malaysia buat kali pertama, sekali gus melengkapkan koleksi trofi utama saingan tempatan yang dimenangi mereka.

PEMAIN Johor DT menjulang Tunku Ismail selepas kejayaan menumpaskan Kedah 0-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam. -Foto OSMAN ADNAN

Mengulas mengenai perlawanan akhir itu, Morais berkata, semangat pemainnya yang bekerja keras hingga wisel penamat menjadi kunci kejayaan menewaskan juara bertahan Kedah.

“Mereka (pemain) tidak berhenti bekerja keras di tengah padang dan hasilnya, kami berjaya mengawal permainan dan menjaringkan gol,” ujarnya.

Kredit : sisgempak.com / kosmo / hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *