TERBELIAK BIJIK MATA TENGOK!! Inilah rupanya Foto-Foto Eksklusif sekitar Hiasan Dalaman Pejabat Milik Dato Siti Nurhaliza! Terlajak MEWAH!

TERBELIAK BIJIK MATA TENGOK!! Inilah rupanya Foto-Foto Eksklusif sekitar Hiasan Dalaman Pejabat Milik Dato Siti Nurhaliza!! MEWAH!!!

Image result for Pejabat Milik Dato Siti NurhalizaDi Indonesia, Brunei dan Singapore, Siti Nurhaliza merupakan penyanyi Malaysia yang paling dikenali dan popular.

Admin baru-baru ini bercuti di Indonesia, dan apabila bertanya artis Malaysia mana yang dikenali, dia (supir) hanya memberitahu Siti Nurhaliza, Search dan Slam.

Image result for Pejabat Milik Dato Siti Nurhaliza 2017Image result for Pejabat Milik Dato Siti Nurhaliza 2017Siti Nurhaliza bukan sahaja berjaya sebagai penyanyi, beliau juga berjaya sebagai usahawan. Siti Nurhaliza mengasaskan SimplySiti, jenama produk kecantikan yang semakin mendapat nama di Malaysia.

Sejak dilancarkan kira-kira tiga tahun lalu, jenama produk penjagaan kulit milik syarikat penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang diberi nama SimplySiti mendapat sambutan jualannya cukup mengalakkan. Malahan produk tersebut telah berjaya dipasarkan hingga ke negara Timur Tengah.

Gembira dan bersyukur dengan perkembangan tersebut, justeru melangkah ke tahun baru 2014, Siti Nurhaliza meletakkan sasaran yang syarikatnya itu (SimplySiti Sdn Bhd) akan tersenarai di Bursa Saham Malaysia, kelak.

Impian tersebut disuarakan sendiri oleh isteri kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) ini ketika ditemui pada sidang media sempena konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC, bertempat di pejabat barunya di Menara Atlan, Ampang, petang semalam.

“Alhamdulillah, SimplySiti semakin berkembang. Semoga tahun 2014 memberikan lagi kejayaan berganda. Saya akan berusaha lebih keras lagi untuk memperluaskan empayar SimplySiti.

“Saya target nak pastikan SimplySiti dapat masuk ke Bursa Saham. Saya tahu semua itu memakan masa dan perlukan strategi dan usaha yang lebih gigih daripada kami. Tapi saya yakin, ia tak mustahil”, katanya dengan penuh yakin.

..

Turut hadir pada sidang media konsert berkenaan ialah suami tercinta, Datuk K serta dua anak tiri beliau.

Sementara itu, menerusi kolaborasi Siti Nurhaliza Production dan juga SimplySiti, pelantun lagu ‘Lebih Indah ini bakal mengadakan konsert amal eksklusif pada 7 dan 8 Februari depan.

Atas nama Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is, semua hasil jualan tiket konsert tersebut akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi tujuan kebajikan. Yayasan Nurjiwa merupakan sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan Siti bersama suaminya sejak 26 Ogos lalu. Maklumat lanjut mengenai konsert tersebut, boleh layari www.simplysiti.com.my

Perkembangan lain, Simplysiti kini muncul lagi dengan rangkaian inovasi wagian terbaru iaitu SimplySiti “Sweet Dreams” Fragrance Mist yang boleh disesuaikan dengan pelbagai personaliti pengguna yang unik dan tersendiri.

Wangian edisi terhad ini terdiri daripada 6 wangian iaitu Ocean Fresh, Wild Berries, Musky Peach, Exotic Violet, Tropical Bouquet dan Sugar Blossom. Di datangkan dengan botol 125ml, berharga RM16.90 di pasaran.

Rizman Ruzaini Mahu Buat Baju Mengandung Untuk Siti Nurhaliza?

SimplySiti mempunyai produk yang dibuat dari Korea dan mendapat pelbagai anugerah termasuk dari Halal Journal Awards, Halfest Awards dan banyak lagi.
Namun untuk menjadi sehebat beliau tidak mudah kerana pelbagai onak duri terpaksa ditempuh bagi mengecapi kesenangan seperti sekarang.
Kini bukan sahaja seorang penyanyi, Siti mengorak langkah sebagai usahawan wanita berjaya dengan jenama kosmetiknya sendiri iaitu Simplysiti.

Pasti ramai nak tahu bagaimana rupa pejabat miliknya kan?

Memang ‘kerlas’! Bukan sahaja dekorasi malah pemandangan bangunan pencakar langit kebanggaan rakyat Malaysia, Menara Berkembar Petronas dari bilik pejabat Siti sudah cukup untuk membayangkan kejayaannya.
Di bawah kami paparkan gambar pejabat Simpysiti yang dikongsikan di laman Instagram beliau.
Jom kita lihat gambar pejabat milik Siti Nurhaliza, berdekatan dengan KLCC. Bukan Senang Nak Senang, kata Siti Nurhaliza.

sitipejabat

Namun bak hashtag yang disertakan Siti bersama gambar tersebut iaitu #bukansenangnaksenang; sesiapa pun perlu usaha jika mahukan sesuatu dalam hidup waima anda penyanyi paling popular dan bersuamikan orang kaya sekali pun.
Kalau usaha segigih Siti, siapa tahu rezeki anda suatu hari nanti untuk miliki perniagaan dan pejabat seperti beliau kan?

ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *