Ini Dia Gambar Anak Haiwan Yang Masih Dalam Usia Bayi Lepas Baru Lahir Yang Tersangatlah Cute dan Comel,Auww!!

Bila sebut sahaja baby, pasti ramai orang yang sukakan makhluk comel ini. Begitu juga dengan baby yang di lahirkan oleh haiwan yang ada di dunia ini. Mereka kecil, punya pergerakan terbatas namun cukup membuat hati ramai orang cair.

Sebelum ini koleksi gambar ibu haiwan mengandung yang nampak comel telah viral, kali ini kita kongsikan pula koleksi gambar haiwan yang baru lahir dan masih dalam usia bayi yang mana mereka perlukan perhatian dan jagaan yang rapi. Ini antaranya.

Anak kucing. Siapa ada kucing dan kucing mereka beranak, pasti anda dapat lihat betapa comelnya anak kucing itu.Matanya yang bulat dan suara halus, pasti ramai yang cair hati.

Yang ini anak memerang yang minum air dekat sungai. Kecil-kecil dah pandai cari air sendiri.

Ini pula anak ayam yang berkawan dengan arnab.

 

Nampak comot sebab baru lepas bermain.Ini adalah baby musang.

Anak rusa ini juga baru sahaja lahir dan di bersihkan kemudian di timbang beratnya.

Di bawah ini adalah baby koala dan baby arnab bulu lebat.

Baby zirafah ini nampak sedang senyum bila orang ambil gambar dia baru lepas lahir.

Baby kura-kura,comel sangat kan?

Ini pula anak panda. Sangat cute.

Yang ini ketika semua anak panda di jemur atas satu meja.Salah seekor dari baby panda ini di katakan tak reti duduk diam sampai boleh terjatuh dan cepat-cepat di angkat oleh penjaga zoo.Haissh nakalnya.

Sumber:KisahDunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *