PEKERJAAN 7 ARTIS SEBELUM MENJADI POPULAR! MESTI ANDA TERKEJUT BILA TAHU APA PEKERJAAN AARON AZIZ DAN NORA DANISH!

  • Bukan senang untuk berjaya. Mereka bermula seperti kita semua juga, bekerja seperti manusia biasa.

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Malah, ada di antara nama besar dalam industri seni ini yang bermula dari bawah dan mengharungi pelbagai rintangan sebelum mereka dapat mengecapi kejayaan seperti sekarang.

1.AARON AZIZ

Jejaka kelahiran Singapura ini dikatakan sering bertukar kerja sebelum mencuba nasib sebagai pelakon di Malaysia. Malah Aaron juga dikatakan pernah bekerja sebagai jurujual kereta sebelum berkecimpung dalam bidang seni.

Aktor kelahiran Singapura itu turut mengakui yang kesenangan yang dimilikinya ketika ini berkat dari pengorbanan serta sokongan daripada keluarganya juga. Sebelum bergelar pelakon, Aaron juga pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, namun gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja.

2.DATO’ SITI NURHALIZA.

Penyanyi tersohor negara ini tanpa segan silu berkongi ramai yang dia pernah menjual kuih bagi membantu keluarganya sewaktu di Pahang dahulu. Penyanyi lagu Cindai ini mula menjual kuih sejak berumur sembilan tahun sehinggalah umur 15 tahun.

Baginya, menjual kuih merupakan satu pekerjaan yang memberikan seribu satu pengalaman yang begitu berharga buat dirinya. Malah ia juga merupakan permulaan segala kejayaan yang dikecapi olehnya pada hari ini.

3. REMY ISHAK

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang jejaka kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Remy pernah bekerja di pasar pagi menjual ikan dan ayam bagi menampung yuran persekolahannya.

Biarpun sudah berada di tahap sekarang, Remy sama sekali tidak malu untuk mengakui bahawa dia pernah bekerja di pasar sebelum bergelar artis popular. Malah, dia berbangga kerana bermula dari bawah sebelum menjadi sebahagian daripada anak seni.

4.NABIL

Tidak dinafikan, program realiti Raja Lawak merupakan platform permulaan kerjaya Nabil dalam bidang seni. Dia dahulunya merupakan pekerja despatch yang menghantar surat-surat untuk syarikat di Negeri Sembilan.

Nabil sama sekali tidak pernah bermimpi untuk mencapai tahap seperti sekarang kerana dia bukan berasal dari keluarga seni. Tambah Nabil, kalau dahulu apa yang diimpikannya hanyalah menjadi ketua penghantar surat sahaja ketika itu.

5. ADIBAH NOOR

Pasti ramai sudah sedia maklum dengan pekerjaan Adibah sebelum masuk dalam bidang seni. Adibah mendaftarkan diri sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Taman Datuk Harun bermula Mei 1993 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 1995.

Adibah mencuba pelbagai pekerjaan sepanjang tahun 1995, namun kembali mengajar di Institut Tadbiran Negara (INTAN) pada tahun 1996. Penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengajar Bahasa Inggeris selama setahun sebelum keluar semula dari dunia pengajian bagi mencuba nasib dalam bidang seni.

6.NORA DANISH

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Puteri ini merupakan seorang pelayan kedai makan sebelum bergelar pelakon.Namun kedai makan tersebut adalah milik ibunya sendiri dan menjadi tanggungjawab Nora sebagai anak untuk membantu ibunya.

7. DATUK YUSOF HASLAM.

Pengarah dan penerbit yang disegani ini dikatakan dahulunya pernah bekerja sebagai konduktor bas sebelum memulakan kerjaya dalam bidang seni.

Namun beliau hanya bertahan bekerja sebagai konduktor bas selama 10 bulan kerana lebih meminati bidang seni. Malah Datuk Yusof juga pernah ditawarkan kerja sebagai pegawai penjara di Taiping, Perak tetapi menolak tawaran tersebut kerana tidak sanggup meninggalkan Kuala Lumpur.

Sumber : beritanova.com via kisahlogik.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *