Susah Nak Terima. Mungkin Salah Saya, Tak Pandai Jaga Suami,” Isteri Kepada Pemuzik Bebas Redha & Terima Pelakon Terkenal Sebagai Madu…

Kerana sayang, seorang isteri sanggup berkorban perasaannya dan menerima segala ketentuan takdir dengan redha.

Begitulah yang dialami oleh isteri kepada pemuzik bebas bagi program Gegar Vaganza, yang terpaksa dan redha menerima kehadiran seorang pelakon terkenal sebagai madunya.

Menerusi mStar Online, wanita yang dikenali sebagai Intan mendakwa hanya mengetahui tentang perkahwinan suaminya, Ude dengan artis tersebut dua minggu yang lepas.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

“Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah ditentukan,” kata Intan.

Pendedahan yang dibuat menerusi temu bual secara langsung bersama sebuah portal berita pada Khamis itu menjelaskan kesedihan Intan namun dia redha dengan keputusan suaminya untuk berpoligami setelah memikirkan pelbagai faktor.

Rumahtangga Intan dan Ude dibina empat tahun lalu dan telah pun dikurniakan dengan dua cahaya mata yang masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Intan juga tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku kerana kekurangan dirinya sebagai seorang isteri.

Sumber:KisahDunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *