Gary Kongsi Foto Bersama Anak

Bekas anggota Running Man dan juga penyanyi Rap, Kang Gary berkongsi foto bersama anaknya.

Gary atau nama sebenarnya Kang Hee memuat naik foto tersebut menerusi ruangan ‘profile picture’ di akaun Instagram rasminya @halyang_kanggary beberapa hari lalu.

Foto tersebut menunjukkan Gary yang berdiri sedang menggendong sambil mengusap wajah anak kesayangannya.

Bagaimanapun Gary tidak pula mendedahkan wajah penuh anaknya malah dia juga turut memadamkan kembali kesemua foto di akaun instagramnya.

Tindakan Gary itu sekaligus menimbulkan tanda tanya buat peminatnya.

Gary telah melangsungkan perkahwinannya pada 5 April lalu secara rahsia tanpa sebarang majlis.

Hasil perkahwinan tersebut, Gary dikurniakan seorang anak pada 17 November lalu.

Sumber:mediaohsem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *