Ini Kisah Di Sebalik Lagu Tak Tun Tuan. Yang Kamu Lihat Hanya Kelakar, Tetapi Duka Disebaliknya Tak Ramai Yang Tahu….

Pasti ramai yang telah mendengar lagu rancak yang membuatkan ramai orang terhibur iaitu Tak Tun Tuang nyanyian Silvia Nanda, 32 atau lebih dikenali sebagai Upiak yang berasal daripada Bukit Tinggi, Padang Sumatera Barat, Indonesia. Lagu tersebut bukan sahaja terkenal di Indonesia, Malaysia dan juga Thailand.

Disebalik lagu berkenaan seorang gadis yang tidak mandi namun kelihatan masih cantik itu tersirat sebuah kisah sedih yang ramai tidak mengetahuinya sehingga Upiak menceritakan tentang hal itu di dalam rancangan Motif Viral semalam.

Ketika rancangan tersebut Upiak berasa terharu melihat penerimaan orang ramai tentang lagu tersebut dan dia menceritakan bahawa untuk menghasilkan lagu berkenaan dia telah menyimpan sedikit demi sedikit duit sendiri untuk kos produksi lagu berkenaan.

Bahkan Upiak turut membayar sendiri kos penerbitan album serta pembikinan video klip asal lagu tersebut.

 

Penyanyi yang telah mempunyai 19 buah album itu turut berasa sedih apabila albumnya pernah dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ketika di Indonesia.

Lagu Tak Tun Tuang sebenarnya telah dicipta pada tahun 2014 yang mana ketika itu Upiak berkerjasama dengan rakannya Ardi untuk mengubah susunan muzik lagu tersebut.

Selain itu ketika di dalam rancangan Motif Viral, Upiak turut berkongsi bahawa dia telah berpisah dengan suaminya kerana tidak menyokong usaha seninya itu.

Sumber:asyikheboh.bid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *