Jackie Chan ‘didik’ Jazeman

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Jazeman Jaafar kini menggalas tugas bersama pasukan milik pelakon tersohor, Jackie Chan – Jackie Chan DC Racing X Jota – dalam Siri Le Mans Asia bermula di Pusingan 2 yang sedang berlangsung di Fuji, Jepun ketika ini.

Jackie Chan DC Racing X Jota bukanlah nama asing dan pada pusingan pembukaan musim 2017/2018 di Zhuhai, China, Oktober lalu, pasukan di bawah naungan pelakon ‘Police Story’ itu sudah pun mengumpul 26 mata untuk berada di puncak carta keseluruhan kelas LMP2 ketika ini.

Mengekori rapat pasukan dari China itu ialah pasukan senegara, BBT dengan 18 mata manakala tempat ketiga dihuni ARC Bratislava #4.

Ahad, 3 Disember 2017 | 12:54am

PELUMBA negara, Jazeman Jaafar kini menggalas tugas bersama pasukan milik pelakon tersohor, Jackie Chan Siri Le Mans Asia. – Foto file

Jackie Chan ‘didik’ Jazeman

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Jazeman Jaafar kini menggalas tugas bersama pasukan milik pelakon tersohor, Jackie Chan – Jackie Chan DC Racing X Jota – dalam Siri Le Mans Asia bermula di Pusingan 2 yang sedang berlangsung di Fuji, Jepun ketika ini.

Jackie Chan DC Racing X Jota bukanlah nama asing dan pada pusingan pembukaan musim 2017/2018 di Zhuhai, China, Oktober lalu, pasukan di bawah naungan pelakon ‘Police Story’ itu sudah pun mengumpul 26 mata untuk berada di puncak carta keseluruhan kelas LMP2 ketika ini.

Mengekori rapat pasukan dari China itu ialah pasukan senegara, BBT dengan 18 mata manakala tempat ketiga dihuni ARC Bratislava #4.

“Kami dapat satu kertas cadangan untuk meletakkan Jazeman bagi Pusingan 2,3 dan 4 bermula di Fuji, Jepun minggu ini. Pasukan ini pernah muncul juara (musim 2016/17) dalam kelas LMP2 dan ini satu peluang yang amat berharga buat Jazeman.

“Ini juga satu strategi jangka pendek kami. Pada masa ini, kami masih merancang kertas kerja untuk sukan permotoran. Ini perancangan jangka pendek kami untuk membantu peluma sedia ada ketika ini.

“Mereka tidak ramai (pemandu), jadi kami akan cuba membimbing mereka kepada kejuaraan yang membolehkan mereka mendapat peluang daripada pengeluar seterusnya menjadikan karier mereka lebih lama,” kata Ketua Pegawai Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali ketika dihubungi.

Selepas Fuji, pusingan ketiga musim ini dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand pada Januari dan SIC pada Februari ini.

Sumber:bharian.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *