Habis Konvo, Balik Penjara..

KEHIDUPAN di sebalik tirai besi yang penuh keinsafan menjadikan banduan ini berazam untuk menebus khilafnya.

Impiannya cuma satu, mahu membanggakan ibu bapanya yang mempunyai anak banduan.
Hari ini, saat yang dinanti-nantikan Jim (bukan nama sebenar) menjadi nyata, apabila pemuda berusia 31 ini menaiki pentas untuk menerima Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.26 pada

Dia menerima skrol daripada Canselor OUM, Tun Jeanne Abdullah sebelum dibawa pulang semula ke Penjara Kajang bagi meneruskan baki hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan kerana kes bunuh pada 2003.

“Saya terpanggil untuk belajar kerana sokongan emak dan ayah termasuk kawan-kawan sepenjara yang bersama-sama saya ketika belajar. Kami saling memotivasikan diri untuk tidak membazir masa dan memilih menyambung pengajian sebagai satu langkah pemulihan kami daripada tidak berbuat apa-apa kerana di penjara lah tiada gangguan malah dapat memberi fokus kepada pengajian.

“Harapan saya dengan meneruskan pengajian saya dapat memanfaat ilmu apabila saya bebas kelak. Di mana saya mempunyai kemahiran yang boleh saya implimentasikan dalam dunia pekerjaan sekali gus membantu keluarga yang menyokong saya selama ini, beri semangat kepada saya untuk meneruskan kehidupan yang pernah saya sia-siakan sebelum ini

“Saya juga ingin ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada Jabatan Penjara, kerana beri saya peluang untuk saya teruskan apa yang saya tidak dapat buat semasa saya bebas dulu,” katanya ketika ditemubual.

Jim disabit mengikut Seksyen 302 atas kesalahan berniat membunuh bersama tiga lagi rakannya pada 11 November 2003, sebelum dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun pada 25 April 2006.

Ketika melakukan jenayah itu, dia baru berusia 17 tahun. Hukuman ke atasnya dipinda ke pada Tahanan Limpah Sultan pada 2009.

Sementara itu, Pengarah Penjara Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Darussalam Budin berkata, pihaknya amat berbangga dengan pencapaian Jim dan akan mengusulkan permohonan agar tempoh hukumannya dikurangkan.

“Saya amat berbangga dengan pencapaiannya. Kalau dalam penjara pun boleh dapat keputusan yang baik apatah lagi di luar penjara. Lihat betapa bagusnya dia sekarang. Dulu dia beremosi sampai terbunuh orang tetapi sistem kepenjaraan menyebabkan emosi Jim terkawal.

“Kadang-kadang hendak makan di penjara kena berbaris panjang sampaikan beratus sebelum tiba pada giliran kita. Mandi pun kena beratur dan untuk melatih diri hanya untuk tujuan berbaris memerlukan kesabaran. Malah di penjara tiada televisyen dan tiada kipas.

“Paling bagus dengan ilmu dan kelayakan yang dimilikinya, dia yakin bahawa masyarakat boleh menerimanya. Percaya diri itu penting. Ada sesetengah bekas banduan, keluar penjara jadi macam orang biasa saja dan ada sesetengah pula, sudah ada yang menanti di luar sebaik dibebaskan dari penjara,” katanya.

Selain Jim, dua lagi banduan berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana pada pertengahan tahun ini, sementara dua lagi, peringkat diploma pada 2014.

Sumber: My Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *