Kereta Api Jepun Tersilap Tiba “20 SAAT” Awal, Lihat Apa Jadi Padi Penduduk Sangat MENGEJUTKAN !!

Masyarakat Jepun terkenal dengan budi pekerti yang amat tinggi. Budaya mereka sangat mementingkan disiplin, kebersihan, dan tepat kepada masa.

Di Jepun, anda boleh merancang perjalanan anda dengan baik kerana kemudahan dan perkhidmatan awam yang disediakan mengikut masa yang ditetapkan.

Namun demikian, pada 14 November, sebuah kereta api yang membawa penumpang daripada Akibahara di Tokyo hingga Tsubaka di Ibaraki tiba di platform awal 20 saat, menurut Japan Today.

Kereta api ini dikendalikan oleh Tsubaka Express dan mereka gagal untuk mengikut masa yang ditetapkan.

Kredit: Tokyo Railyway Labyrinth

Sepatutnya, kereta api ini bertolak daripada Minami Nagareyama pada jam 9:44 am tetapi bertolak lebih awal iaitu pada jam 9:43:40 am.

Sedar dengan kesilapan itu, pihak syarikat segera membuat kenyataan maaf secara rasmi melalui laman web mereka.

Kenyataan ini menjelaskan, mereka memohon maaf kepada semua pelanggan di atas kesilapan yang dilakukan apabila kereta api tiba lebih awal 20 saat daripada jadual yang telah ditetapkan.

Difahamkan, jika kereta api bergerak lebih laju, para penumpang terpaksa mengubah jadual mereka dan mungkin ada yang terlepas kereta api lain.

Kemungkinan juga, ada yang menghadapi kesukaran untuk pergi ke sekolah dan juga pejabat.

Kredit: Wikimedia

Pada pandangan syarikat, mereka bukan sahaja menyusahkan penumpang tetapi kesilapan ini memalukan nama syarikat.

Permohonan maaf yang dilakukan oleh Tsubaka Express mendapat liputan luas di dunia. Walaupun Jepun sebagai sebuah negara maju dan kaya, tetapi penduduk mereka mempunyai keperibadian yang amat mulia.

Jika kita di Malaysia, sering kali kita berhadapan dengan kelewatan KTM Komuter, bas awam, dan juga bas ekspres. Namun demikian, sepanjang kelewatan ini kita tidak pernah mendapat sebarang permohonan maaf mahupun ganti rugi atas kelewatan yang dilakukan oleh pihak syarikat.

Lagi cerita menarik di Jepun.
Pengemis teringin membeli roti tetapi dihalau pekerja kedai. Pemilik kedai roti bingkas melayaninya dengan hormat lalu membuat cucu berasa hairan…
Pengemis teringin membeli roti tetapi dihalau pekerja kedai. Pemilik kedai roti bingkas melayaninya dengan hormat lalu membuat cucu berasa hairan…

Di hadapan pintu sebuah kedai roti yang berkembang maju, berdiri seorang pengemis yang kotor dan berbau. Para pelanggan yang sedang berbaris berasa jijik dan memandang dengan hina kepada pengemis ini.

Seorang pekerja telah menjerit kepadanya dan berkata, “Pergi dari sini, mengemis di tempat lain!”

Pengemis itu mengeluarkan beberapa duit kertas lusuh dan menunjukkan kepada pekerja tersebut sambil berkata, “Tolong, saya mahu membeli beberapa ketul roti dan yang termurah.”

Tiba-tiba, datang pemilik kedai roti itu berjalan di hadapan pengemis tersebut dengan satu kotak roti yang baru dimasak lalu memberikan kepadanya sambil menunduk hormat dan berkata, “Terima kasih kerana berurusan dengan kami. Sila datang lagi!”

Pengemis itu berasa sangat terharu dan pergi dengan perasaan gembira kerana itu adalah kali pertama dia dilayan seperti pelanggan.

Cucu kepada pemilik kedai roti ini berasa hairan dan tidak memahami tindakan datuknya lalu bertanya, “Datuk, mengapa datuk melayani pengemis itu dengan begitu istimewa dan hormat sekali?”

Pemilik kedai roti tersebut menjelaskan, “Lelaki itu mungkin seorang pengemis tetapi pada hari ini dia adalah pelanggan datuk! Dia mahu merasai roti yang baru dimasak dan mengambil masa yang lama meminta sedekah. Kehidupannya amat sukar, jadi datuk secara peribadi melayannya, jika tidak datuk akan mengecewakan percubaan dan usahanya untuk merasai roti dengan menjadi pelanggan di kedai roti ini! “

Kemudian cucu pemilik kedai roti ini bertanya lagi, “Jadi, kenapa datuk mengambil duit pengemis itu?”

Pemilik kedai roti ini menjawab, “Hari ini, pengemis itu datang sebagai pelanggan dan bukan sebagai pengemis yang datang meminta makanan, jadi kita mesti hormat kepadanya. Jika kita tidak mengambil wangnya, bukankah itu bermakna kita tidak menghormatinya? Kita mesti sentiasa ingat untuk menghormati setiap pelanggan yang datang dan membayar. Mereka menyumbang kepada perniagaan kita dengan menjadi pelanggan yang setia.” Cucu pemilik kedai roti ini akhirnya mengangguk faham akan segala penjelasan datuknya.

Pemilik kedai roti yang dimaksudkan dalam kisah ini ialah datuk kepada Yoshiaki Tsutomi. Yoshiaki Tsutomi ialah seorang ahli perniagaan legenda yang berjaya di Jepun. Beliau pernah menjadi antara individu terkaya di dunia dan muncul menjadi muka depan majalah ‘Forbes’ sebanyak dua kali.

Datuk Yoshiaki Tsutomi merupakan idola yang telah mencorakkan dirinya menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Yoshiaki Tsutomi berkata, kisah pengemis itu sentiasa menjadi kisah memori dan pengajaran dari datuknya yang beliau tidak pernah lupakan di sepanjang kehidupannya.

Sehingga kini, Yoshiaki sentiasa mengingati kisah ini dengan gerak-geri dan perkataan yang diucapkan oleh datuknya kepada pengemis tersebut. Yoshiaki sentiasa menceritakan kisah ini semasa beliau mengadakan mesyuarat dengan para pekerjanya, supaya mereka juga akan bersikap seperti datuknya yang melayan setiap pelanggan dengan penuh rasa hormat.

Sumber getaviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *