“SUDAH SAMPAI TAHAP RINDU-RINDUAN, SAYANG BERSAYANG”-NEELOFA BUKA HATI UNTUK …

Umum kita sudah tahu selepas percintaan Neelofa dan Fattah Amin terputus di tengah jalan, ramai peminat yang menganggap Neelofa belum lagi ‘move on’. Tambah pula, baru-baru ini pernikahan Fattah Amin dan Fazura yang hangat diperkatakan.

Sampai sekarang masih ada lagi fenomena #lofattah yang belum reda dan sehinggakan berlaku pergaduhan antara peminat #lofattah dan #fattzura. Alahai.. dah besar semua bukan kecik lagi kan?

Tapi dikatakan Neelofa sudah ‘move on’ dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan Fattah Amin. Tengok saja dari cara ucapan tahniah Neelofa di Meletop. Memang top-meletop kan? Tenang dan nampak redha kat situ..

Terkini, menurut sumber Mary Jane dari Utusan Online, Neelofa kini sedang rapat dengan seseorang. Hmm siapa lah agaknya gerangan bertuah tu?

Khabarnya, sudah sampai tahap rindu-rinduan dan sayang bersayang! Tak bermesej siap terbayang-bayang pihak di sebelah sana? Wahh kalau betul minta jangan lama-lama simpan tu..

Neelofa seorang yang sangat menjaga kisah peribadinya, kita tunggu apabila tuan punya badan sudah bersedia untuk mendedahkan selebihnya. Takkan nak mengenang cinta lama yang tak kembali kan?

Apa-apa pun KD mengharapkan yang terbaik untuk Neelofa dan semoga ada jodoh bersama lelaki yang diperkatakan ini.

p/s: Siapa lah lelaki tu ye?

Sumber : Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *