“Ni Baru Betul….”- Reaksi Norman Hakim Bila Memey Berpurdah!

Aktor Norman Hakim memuat naik foto isterinya, Memey Suhaiza dengan imej berpurdah di laman Instagram (IG) semalam.

Menerusi foto tersebut dia dan Memey yang memakai tudung dan niqab serba hitam sedang berswafoto berdua.
Norman dalam kapsyennya menulis:

“Ni baru betul #RenunganMautBinikuNinja
Pelan2 kayuh ye cayang..jalan2 jom!”

“Ni Baru Betul….”- Reaksi Norman Hakim Bila Memey Berpurdah!

Entri berkenaan mendapat respon positif daripada pengikut laman sosial tersebut yang rata-rata gembira dengan imej Memey itu.

Malah ramai yang memuji kecantikan Memey meskipun berpurdah.

Norman Hakim Orang Terakhir Tahu Memey Hamil

“Ni Baru Betul….”- Reaksi Norman Hakim Bila Memey Berpurdah!

Memey membuat kejutan kepada Norman memaklumkan mengenai kehamilannya itu. Foto SAM THAM / The Star
PELAKON Norman Hakim berkongsi kegembiraan di Instagram miliknya memaklumkan mengenai kehamilan isteri yang juga pelakon Memey Suhaiza pada pagi Isnin.

Menerusi entri di laman tersebut, Norman berkata dia merupakan individu terakhir mengetahui mengenai kehamilan isterinya itu.

“Rupa-rupanya saya orang yang terakhir tahu, mama Abby Abadi, abah Jai Ezzany dan anak-anak semua dah tahu awal sebelum ni.

“They just kept it as a surprise. Memang mummy Memey Suhaiza nak tunggu masa Jumaat untuk beritahu tentang kehamilan ini,” tulisnya.

“Ni Baru Betul….”- Reaksi Norman Hakim Bila Memey Berpurdah!

Status yang dimuat naik Norman memaklumkan mengenai kehamilan Memey. Foto Instagram @normanhakim_786

Dalam pada itu, Norman mengakui sudah dapat merasakan Memey sedang hamil sejak dua minggu lalu.

Malah, dia turut mengalami simptom ‘pembawakan budak’ yang pernah dialami semasa kehamilan anak terdahulu.

“Tak tau nak cakap macam mana, tapi macam boleh rasa ‘pembawakan’ tu sejak dua minggu yang lepas.’Rasa’ tu tak pernah bohong. Kali ni ‘rasa’ macam masa Marisa Dania dalam kandungan dulu.

“Ni Baru Betul….”- Reaksi Norman Hakim Bila Memey Berpurdah!

Memey semasa melakukan imbasan ultra bunyi di sebuah klinik.

“Lebih kepada diri sendiri yang ‘kena’ berbanding ibu mengandung. Tak nak cerita kat sini, biarlah mummy dia cerita sendiri,” luahnya yang bakal menimang cahaya mata keenam.

Norman memuat naik status tersebut bersama foto memaparkan sekeping surat yang dihantar oleh Memey bersama nota dan dikepilkan alat ujian kehamilan.

“Assalamualaikum, Hi suami. Tahniah.. Hehe.. Dah ready untuk next anak? Doakan semoga semuanya dipermudahkan macam sebelum-sebelum ini. Terima kasih jaga sayang selalu dengan baik,” tulis Memey.

“Ni Baru Betul….”- Reaksi Norman Hakim Bila Memey Berpurdah!

Keluarga besar Norman Hakim dan Abby Abadi.

Bagaimanapun, Norman tidak menyatakan usia kandungan isterinya itu.

Melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9 tahun.

Manakala, dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, hasil perkahwinan dengan Memey, 29.

Sumber: Astro Gempak via kiniviral.bid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *