INI ANTARA SEBAB PELIK KENAPA AMERIKA TAKUT DENGAN BRIGED AL QASSAM.

Tindakan Trump yang bongkak tu betul-betul buat umat Islam marah. Kemuncaknya, Briged Al Qassam dari Gaza telah beri kata dua kepada Israel. Persoalannya apa hebatnya Al Qassam ni sampai Amerika pun mungkin boleh berubah keputusan. Ikuti jawapannya di bawah.
BILANGAN ANGGOTA AL QASSAM YANG SEDIKIT TAPI BERKUALITI
Briged Al Qassam adalah sayap ketenteraan HAMAS mempunyai seramai 30’000 keanggotaan. Israel laknatullah pula yang kononnya diakui menduduki tempat ke-4 Tentera terbaik dunia memiliki keanggotaan seramai 720’000 orang masih belum mampu meranapkan pertahanan Briged Al Qassam.

Perlu ingat, Israel memiliki keupayaan ketenteraan yang canggih dan mempunyai sekutu rapat yang memberi dana dan sokongan padu kepada mereka.

Umpama langit dan bumi bukan kalau dinilai kedua dua pasukan. Persoalannya, hari ini sudah masuk hari ke-39, Israel masih gagal mengambil tanah Gaza walaupun sejengkal! Ini rahsia kekuatan Briged Al Qassam

1. UNIT KOMANDO AL QASSAM YANG LICIK

Keberanian komando Al Qassam terkenal dalam strategi peperangan pelbagai. Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam.

Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.

2. TERTUBUHNYA SKUAD AMFIBIA AL QASSAM

Buat pertama kali dalam sejarah, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Skuad ini dikenali sebagai skuad amfibia. Jumlahnya tak ramai tapi cukup membuatkan musuh tak lena tidur malam. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.

3. PEMILIKAN ROKET R-160 BERJARAK JAUH

Israel kan dalam Palesin dan Palestin pun dalam Israel. Jadi jarak kedua negara ini sangat dekat dan rapat-rapat. Dengan adanya stok roket R-160 ini, Israel selalu berfikir dahulu sebelum buat apa-apa ancaman.

Roket ini mampu menjangkau sehingga 160km dan pernah berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.

4. SENJATA PENEMBAK TEPAT “GHOUL” BUATAN SENDIRI

Sniper atau senjata penempak tepat yang diberi nama Ghoul ini mampu mencapai jarak sejauh 2km sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh 1km sahaja. Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.

Dan paling best adalah senjata ini adalah buatan Palestin dan banyak negara pun mula berminat untuk memilikinya.

5. PELANCAR ROKET ANTI IRON DROME

Ini sangat memeningkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika. Sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem penangkas roket terbaik dunia boleh bocor juga di tangan teknologi roket Briged Al Qassam.

Ini memalukan Israel dan Amerika sehingga memaksa Amerika mengeluarkan jutaan dollar untuk menyediakan teknologi baru iron Drome.

6. MEMILIKI PESAWAT TANPA PEMANDU DRONE

Sekali lagi Israel dimalukan setelah Ababil, nama pesawat tanpa pemandu DRONE pertama Briged Al Qassam membuat tinjauan udara di tanah haram israel tanpa disedari.

Kehebatan ini diakui sendiri oleh Israel hingga terpaksa menanggung rugi dan malu teramat. Ayuh kita doakan kemenangan buat umat Gaza dan Palestin.

Sumber: Saya Luv Islam via TheVocket


Selepas Lama Berdiam Diri. AKhirnya Respons Al QASSAM Ni Buat Israel Mula CUAK

Baru-baru dunia menyaksikan pembantaian dan pembulian rakyat Palestin di Masjid Al Aqsa oleh tentera Israel. Selepas Presiden Erdogan memberi kata dua, kelihatan Israel mula “lembut” sedikit. Ekoran rakyat masih ditekan, tentera al Qassam mula memberi respons.

RESPONS AL QASSAM

Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, telah memberi amaran bahawa serangan Israel terhadap Masjid Aqsa dan perangnya terhadap Jerusalem “akan membangkitkan bara di bawah abu dan menghidupkan kembali intifada Jerusalem”, lapor Palestinian Information Center.

“Gema yang disebabkan oleh serangan Zionis terhadap Masjid Aqsa dan Baitulmuqaddis akan menghantui pemimpin-pemimpin musuh dan memulakan tindakan kepahlawanan yang baru, Insya Allah,” kata jurucakap Briged Abu Obeida di halaman Twitternya.

Sekatan baru-baru ini Israel mengenai kemasukan orang Islam ke Masjid Aqsa telah mencetuskan protes kemarahan di wilayah Palestin yang diduduki dan mendorong pemuda Palestin untuk bertempur dengan pasukan Israel dan bangkit membela tapak suci Islam mereka.

Reaksi terbaru adalah serangan tikaman yang dilakukan pada petang Jumaat oleh seorang pemuda Palestin di penempatan haram Halamish, utara Ramallah. Tiga penduduk Yahudi dari keluarga yang sama mati dalam serangan itu.

Serangan itu adalah tindak balas terhadap pengepungan Israel di Masjid Aqsa dan kematian tiga penduduk Palestin ketika pertempuran ganas pada hari yang sama di kawasan yang berbeza di Jerusalem.
HURU HARA DI MASJID AL AQSA
Dua daripada mangsa dibunuh oleh anggota polis Israel dan seorang ditembak mati oleh penduduk Yahudi.

Ratusan warga Palestin juga mengalami kecederaan semalam apabila pasukan keselamatan dan tentera Israel menyerang mereka yang protes pro-Aqsa di kawasan-kawasan yang berbeza di Jerusalem, Tebing Barat dan Jalur Gaza.


[VIDEO] INTIFADA BARU, INILAH KEKUATAN BRIDGET AL-QASSAM PEMBELA TANAH PALESTIN YANG

MENGGERUNKAN MUSUHNYA
Sejak semalam, seluruh dunia khususnya umat Islam pasti berada dalam keadaan sedih selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) mengambil keputusan untuk mengiktiraf Baitumulqadis sebagai ibu negara kepada Negara Haram Israel. Tindakan AS itu mendapat kecaman hebat dari seluruh dunia, namun yang paling terkesan dengan pengisytiharan tersebut tentulah orang Islam yang berada di Palestin itu sendiri.

Malah, Hamas sebagai salah satu pergerakkan politik di Palestin melalui pemimpin utamanya menganggap ia sebagai ‘Pengisytihran Perang’. Dan pasti ramai yang dah tahu Hamas ini bukan pertubuhan politik yang biasa, mereka turut juga mempunyai sayap bersenjata yang dikenali sebagai Al Qassam, sama tarafnya dengan angkatan tentera sesebuah negara. Mereka ditekan dari segenap penjuru kerana kewujudan mereka menimbulkan gerun kepada musuh-musuh Islam dan Palestin.

Sebuah page yang dikenali sebagai Malaysia Military Power yang aktif berkongsi info mengenai dunia ketenteraan telah memuat naik satu artikel yang amat menarik mengenai kekuatan Al Qassam ini. Kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda di bawah.

Jadi Israel pindahkan ibu negara ke Baitul Muqadis?

Hamas anggap ianya sebagai pengisytiharan perang. Persoalannya mampukah Hamas menentang Israel?

Mari MMP perkenalkan Al Qassam unit tentera Hamas yang di takuti Israel.

Al Qassam menjalani perubahan drastik dalam organisasi dan kekuatan tempurnya hasil bantuan dan sokongan satu negara Islam ni yang enggan di kenali.

Al Qassam kini di organisasikan sama seperti sebuah angkatan tentera profesional. Dengan kekuatan 27,000 orang anggota infantri yang di pecahkan kepada 6 buah briged yang memiliki 25 battalion infantri dan 106 kompeni.

Dari jumlah ini sebanyak 2,500 merupakan unit elit Nuhba. Unit ini memiliki kepakaran khusus untuk menyerang jauh kedalam wilayah Israel.

Unit ini terpecah kepada Komando Laut yang melakukan penyusupan laut dan serangan amfibi, unit Komando Udara yang menyusup menggunakan paraglider dan juga unit khas yang menggunakan terowong bawah tanah.

Unit artileri roket Hamas, unit semboyan dan elektronik dan unit-unit khusus anti armor yang dilengkapi Anti Tank Guided Missile sangat terlatih dan berdisiplin.

Kesemua unit-unit Al Qassam di doktrinasikan dengan operasi penyusupan ke wilayah Israel. Command and Control Hamas terletak jauh didalam terowong dan kubu bawah tanah yang sehingga kini masih gagal di kesan Israel.

Apakah harga yang akan dibayar oleh Israel jika Hamas bertindak melaksanakan Intifada?

 

Sumber : Malaysia Military Power

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *