‘Tak Pernah Tercatat Dalam Kitab Perubatan’ – Doktor Rungkai Rawatan Resdung Keluar Cacing Dari Muka

Baru-baru ini viral satu video menunjukkan rawatan dipercayai resdung yang dijalani seorang wanita. Apa yang mengejutkan, kelihatan jelas cacing halus keluar dari muka wanita berkenaan ketika proses rawatan. Seorang doktor, Dr. Suhazeli Abdullah tertarik dengan rawatan berkenaan dan memberi penjelasan dari segi saintifik.

Doktor terkejut dengan rawatan bomoh

Ramai juga yang kongsi video pendek cacing keluar dari muka seorang wanita. Semua terkejut bagaimana cacing tersebut boleh keluar. Ini salah satu lagi siri doktor terkejut dengan kaedah rawatan bomoh. Memang terkejut kerana kejadian para normal ini tidak pernah dicatat dalam mana-mana kitab perubatan.

Setelah diselidiki, cacing tersebut bukan dari dalam kulit wanita berkenaan. Tetapi beliau dilumurkan terlebih dahulu dengan lipas. Dalam perut lipas berkenaan mengandungi anak cacing kerawit. Sebahagian terlekat dikulit beliau, kemudian dikutip semula oleh bomoh yang merawat.

Cacing boleh memasuki badan manusia dengan pelbagai cara

Cacing boleh memasuki badan manusia dengan pelbagai cara. Menurut ilmu parasitologi, manusia boleh dijangkiti parasit cacing melalui;
1) Memakan makanan samada sayuran, buah-buahan, daging yang tidak bersih. Makanan berkenaan sudah dicemari oleh larva cacing. Serangga tertentu seperti lipas, cengkerik dan lalat juga boleh menjadi perumah kepada parasit ini.
2) Saluran pernafasan; apabila peluk cium binatang yang sudah dicemari. Kain baju atau persekitaran yang telah dicemari juga boleh mengandungi telur cacing dan disebarkan melalui udara.
3) Melalui tapak kaki atau kulit kita yang bersentuhan secara terus dengan larva atau telur cacing.

Sumber:kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *