[VIDEO] Jujur Lan Minum Atau Tak? Saya Tak Nak Dipersalahkan – DS Vida Didakwa Perli Elyana Di Gegar Vaganza?

Setelah 6 minggu berentap, malam tadi Syura akhirnya telah diumumkan tersingkir pada konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 4.

Persaingan sengit antara Hazami, Tia Jinbara, Aishah, Liza Hanim, Syura dan Lan malam tadi telah membuatkan penonton berdebar-debar. Yelah, mesti semuanya mengharapkan penyanyi kesayangan dapat mara ke peringkat akhir kan.

Seperti biasa, penaja utama DS Vida turut tampil memeriahkan konsert, setiap minggu penampilan DS Vida pasti menjadi tumpuan kamera.

Bukan main sakan lagi enjoy ya? Namun, apa yang menjadi perhatian apabila DS Vida didakwa memerli Elyana. Eh betul ke?

‘Saya nak Lan jujur’

Selepas Lan Solo membuat persembahan pertamanya, kelihatan DS Vida naik ke pentas bertanyakan Lan sama ada Lan minum atau tidak Pamoga yang diberinya.

DS Vida berkata, ‘Saya nak buat inspection pada Lan sebab saya dengar Lan menderita sakit hemoroid. Lan saya nak tanya, jujur Lan minum atau tak?’

Lan menjawab, ‘Belum sempat, dua paket tertinggal dalam kereta’.

DS Vida berkata lagi, ‘Lan you have to be honest. Saya nak kepastian supaya saya tak dipersalahkan. Jujur je cakap tak minum, kalau awak tak minum ramai lagi minum’.

Komen netizen

Seperti yang pernah heboh sebelum ini, Elyana membuat pengakuan dia sebenarnya tidak minum Pamoga.

Dia hanya barbohong untuk menjaga hati DS Vida sebagai penganjur. Di twitter, penonton juga memuatnaik tweet bertanyakan sama ada DS Vida memerli Elyana secara tidak sengaja.

sumber : hangat.com , youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *