Seorang lelaki mendengar tangisan bayi datang dari paip di bilik air dan apabila pasukan bomba berjaya memotong paip itu semua orang menangis melihatnya!

Pada suatu hari seorang penghuni pangsapuri berbangsa Thailand terdengar sayup-sayup bunyi tangisan bayi dari arah paip bahagian atas siling bilik airnya. Dia yang tinggal di tingkat tiga pangsapuri itu berasa gementar apabila terdengar tangisan itu. Hatinya berkata-kata bagaimana ada suara bayi menangis dari paip itu?

Selepas mendengar tangisan bayi itu lagi baharulah dia pasti tangisan itu benar-benar datang dari arah paip berkenaan lalu dia pun menghubungi polis. Pasukan penyelamat datang ke rumahnya dengan segera dan memotong paip tersebut.

Apabila mereka melihat seorang bayi yang sedang menangis di dalam paip tersebut, semua orang menjadi terkejut dan terlalu marah. Siapa sangka ada bayi di dalam paip itu!

Banyak persoalan yang bermain difikiran mereka.

Siapakah yang telah membuang bayi tersebut?
Bagaimana bayi itu berada di dalam paip?
Sudah berapa lama bayi berkenaan tersepit di dalam paip itu?
Apakah sebabnya bayi itu dibuang di dalam paip itu?

Doktor melakukan pemeriksaan terhadap bayi itu dengan pantas dan menghantar bayi malang itu ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kasihan bayi tersebut, dia mengalami sedikit gegaran di bahagian kepala.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan walau bagaimanapun tidak dapat menangkap suspek kerana penghuni di tingkat atas sudah tidak ada dan rumahnya sudah kosong.

Sebak, sayu, sedih melihat nasib yang menimpa bayi ini. Apalah dosanya sehingga dia diperlakukan begitu. Semoga bayi ini akan mendapat perlindungan yang sewajarnya dan orang yang tidak bertanggungjawab itu segera di tangkap polis!
Kisah luar biasa Ratu Victoria yang pernah mengambil seorang anak angkat dari keluarga diraja Nigeria yang hampir dibunuh!
Kisah luar biasa Ratu Victoria yang pernah mengambil seorang anak angkat dari keluarga diraja Nigeria yang hampir dibunuh!

Ratu Victoria dan Putera Albert menikmati kehidupan bersama yang penuh dengan kasih sayang dan menyaksikan mereka mempunyai sembilan anak bersama.

Tetapi apa yang ramai mungkin tidak tahu ialah hakikat ratu dan suaminya sebenarnya mempunyai anak kesepuluh setelah mereka mengambil seorang anak angkat yang merupakan seorang puteri Nigeria berikutan pembunuhan kejam ke atas ibu bapa dirajanya.

Sarah Forbes Bonetta baru berumur lima tahun ketika dia ditawan oleh Raja Dahomey yang zalim pada tahun 1848.

Kisah luar biasa puteri Nigeria, Sarah Forbes Bonetta, yang diadopsi oleh Ratu Victoria, akan ditayangkan dalam drama sempena Hari Krisma di ITV

Ratu Victoria dan Putera Albert menikmati kehidupan bersama yang penuh dengan kasih sayang dan menyaksikan mereka mempunyai sembilan anak bersama. Tetapi ramai yang tidak tahu mereka mempunyai seorang anak angkat.

Ketika dia hampir dibunuh, pegawai tentera laut Britain, Frederick Forbes telah menyelamatkannya semasa berada dalam misi untuk menamatkan perhambaan di kalangan Dahomans.

Dia berjaya meyakinkan penculik Sarah untuk ‘mempersembahkan’ kanak-kanak itu sebagai ‘hadiah’ kepada Victoria dan berlayar kembali ke England bersama Sarah dengan kapal HMS Bonetta miliknya, yang kemudian menjadi nama angkatnya.

Kisah yang luar biasa mengenai puteri ini akan ditayangkan dalam drama khas Victoria sempena Krismas tidak lama lagi.

Menurut cerita cicit Sarah, Arnold Awoonor-Gordon nenek moyangnya, Sarah membesar bersama dengan anak-anak ratu yang lain dan dilayan serta diperlakukan seperti anggota keluarga mereka sendiri.

Ratu Victoria sangat baik dengannya dan hubungan mereka benar-benar dekat dan erat ketika itu.

Awoonor-Gordon hanya menemui pertalian dirinya dengan keluarga diraja itu ketika dia meneliti sejarah  mengenai keluarganya.

Moyangnya,  Emily pernah memberitahu kisah seorang saudara mereka yang diselamatkan dari pemerdagangan hamba dan dibawa ke Istana Buckingham.

Ibu bapa Puteri Sarah dibunuh dan dia ditangkap. Ketika dia hampir dibunuh pegawai tentera laut Britain, Frederick Forbes telah menyelamatkannya dan membawanya ke England

Cerita ini akan ditayangkan pada Krismas, yang dibintangi oleh Jenna Coleman sebagai ratu dan Zaris-Angel Hator sebagai Sarah

Dan 10 tahun yang lalu dia telah mencari maklumat di Istana Windsor dan mendapati cerita itu adalah benar. Awoonor-Gordon yang dahulunya merupakan seorang penyiar dari Sierra Leone, menggelar Victoria sebagai ‘perintis’ dan memuji ratu itu kerana sikapnya yang terbuka.

Awoonor-Gordon juga mendedahkan Sarah dangat menyayangi Victoria sehingga dia menamakan anak sulungnya sempena dengan nama ibu angkatnya.

Walaupun mereka mempunyai ikatan yang erat, Sarah kemudian dihantar untuk tinggal bersama keluarga Forbes di Gillingham, Kent, selepas Albert meyakinkan Victoria bahawa anak angkat mereka sebenarnya tidak gembira.

Setahun kemudian Sarah dihantar ke Sierra Leone untuk mendapatkan pendidikan sebelum kembali ke England pada tahun 1855.

Dalam drama itu kanak-kanak itu digambarkan sebagai seorang yang pemalu dan pendiam di istana. Victoria pula digambarkan menjadi pengaruh penting dalam kehidupan kanak-kanak itu.

Drama khas Victoria ini akan ditayangkan pada Hari Krismas jam 9 malam di ITV

Walaupun pelbagai masalah dihadapi oleh puteri itu, ratu tetap menjadi antara pengaruh penting dalam hidupnya, bahkan menekannya untuk berkahwin dengan pengusaha kaya, Kapten James Davies pada tahun 1862.

Sarah, yang berusia 18 tahun, tidak pasti mengenai lamaran tersebut kerana lelaki itu berusia 13 tahun lebih tua daripadanya.

Walaupun telah berkahwin Sarah tetap sahaja melawat ratu dan memperkenalkan anak sulungnya yang diberi nama Victoria sempena dengan nama ratu.

Lawatan berterusan walaupun selepas Sarah pulang ke Lagos, Nigeria, dan mempunyai dua orang lagi anak, Arthur dan Stella. Sarah akhirnya meninggal dunia akibat tuberkulosis pada tahun 1880 pada usia 37 tahun dan dikebumikan di Funchal, Madeira.

Sumber: Good Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *